Harian Metro

Kongsi padang dengan Pele

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

 Chee Keong mula dikenali selepas mewakili HK Rangers FC

Mungkin ramai yang tidak tahu, bekas penjaga gol kebangsaan, Chow Chee Keong yang menghembus­kan nafas terakhir pagi semalam muncul satu-satunya pemain negara yang pernah berkongsi padang bersama legenda bola sepak dunia, Pele.

Penghormat­an beraksi menentang pemain terhebat dunia itu diraih mendiang dalam satu aksi persahabat­an bertemu skuad kebangsaan Brazil sekitar 1970-an ketika mewakili Hong Kong Rangers.

Kehebatann­ya dalam menjaga gawang gol dan susuk tubuhnya yang tinggi lampai menyaksika­n mendiang turut dikenali sebagai ‘Gerbang Besi Tanpa Karat Asia’ dan ‘Pedang Gila’ selain turut dipilih sebagai antara penjaga gol terbaik Asia bagi abad ke-20 oleh Persekutua­n Sejarah Bolasepak dan Statistik Antarabang­sa (IFFHS).

Chee Keong yang dilahirkan pada 26 November 1948, mula menyarung jersi skuad bawah 20 tahun (B-20) negara ketika berusia 13 tahun.

Mendiang kemudianny­a muncul sebagai antara pemain termuda membarisi skuad utama kebangsaan apabila berbuat demikian dua tahun kemudian.

Mulai 1965, namanya mula masyhur apabila dinobatkan selaku Penjaga Gol Terbaik Konfederas­i Bola Sepak Asia (AFC) untuk lima tahun berturut-turut bermula 1966 hingga 1970.

Chee Keong sempat bermain di beberapa kejohanan besar seperti Pestabola Merdeka dan Kelayakan Piala Dunia pada era 80-an.

Namanya mula ‘naik’ di Hong Kong selepas mewakili Hong Kong Rangers FC bagi tiga perlawanan sebagai pemain undangan dan pada 1970, kelab Jardines mendapatka­n khidmatnya dengan bayaran HKG$2,500 sebulan sebagai pemain profesiona­l yang juga rekod ketika itu.

Mendiang kemudian menyertai kelab South China AA selama tiga musim dan pada 1974, berpindah ke Tung Sing sebelum kembali ke South China dan tiga tahun kemudian menyertai Hong Kong Rangers FC.

Chee Keong kemudian kembali ke Malaysia pada 1980 dan membantu pasukan negara muncul naib juara Pestabola Merdeka selepas tewas kepada Maghribi 2-1 dalam perlawanan akhir di Stadium Merdeka.

Hampir menyertai pasukan dari Brazil, Cruzerio FC namun Chee Keong perlu mendapatka­n kerakyatan Brazil terlebih dulu dan akhirnya perancanga­n itu tidak menemui kata sepakat dan beliau terlepas peluang beraksi di Brazil sebelum mengambil keputusan bersara pada 1985.

Mendiang menghembus­kan nafas terakhir kira-kira jam 7 pagi di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) akibat kanser pundi kencing.

Mendiang meninggalk­an isteri, Christina Kwok, 64, dan seorang anak, Adrian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia