Harian Metro

UiTM-KPT enggan dabik dada

- Jugjet Singh jugjet@nstp.com.my

Kuala Lumpur: Juara Divisyen Satu Liga Hoki Malaysia (MHL) UiTM-KPT belum pernah tewas setakat ini, tetapi mereka tetap berwaspada dengan cabaran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) pada aksi separuh akhir Piala Presiden hari ini.

Satu lagi pertembung­an separuh akhir menemukan Pasukan Hoki Kedah dan Politeknik-KPT.

Dengan MBI satu-satunya pasukan yang berjaya mengikat mereka dalam saingan musim ini, pengurus pasukan UiTM-KPT Ahmad Tarmizy Mohammed sedar cabaran lawan di separuh akhir nanti tidak boleh dipandang remeh.

“Walaupun perlawanan itu ditamatkan lebih awal akibat hujan lebat, ia tidak menafikan hakikat MBI satu-satunya pasukan yang berjaya melakar keputusan seri dengan kami, jika tidak kami sudah mempunyai rekod sempurna musim ini,” kata Tarmizy.

Perlawanan liga itu berkesudah­an 0-0 dan Tarmizy berasakan skuad kendaliann­ya mempunyai peluang sama rata untuk mara ke final.

“Pada musim sebelum ini, perlawanan menentang MBI sentiasa sukar dan sebab itu saya berasakan peluang kami ke final 50-50.

“Bagaimanap­un sasaran musim ini adalah memenangi kedua-dua gelaran dan kami sudah mempunyai satu dan akan cuba mendapatka­n Piala Presiden pula,” katanya.

UiTM muncul juara liga apabila menewaskan Politeknik-KPT 3-1 pada aksi final.

 ??  ?? AHMAD Tarmizy
AHMAD Tarmizy

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia