Harian Metro

‘Tak mustahil gemilang 2013 berulang’

-

kerana melakukan kesilapan.

“Saya rasa ia persembaha­n yang hebat, persembaha­n menakjubka­n,” kata Conte.

“Kita bercakap mengenai pemain yang baru berusia 21 tahun. Adalah sesuatu yang hebat dia boleh bermain dengan kematangan seperti ini. Saya sangat gembira. Bagi saya dia adalah seorang daripada pemain terbaik malam ini.” - AFP Munich: Thomas Mueller berkata, Bayern Munich boleh mengulangi kejayaan tiga kejuaraan pada 2013 selepas membelasah Besiktas 5-0 pada pusingan pertama saingan kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Bayern sudah selangkah ke suku akhir manakala Besiktas berdepan situasi hampir mustahil pada perlawanan kedua di Istanbul pada 14 Mac nanti.

Mueller dan penyerang Poland, Robert Lewandowsk­i masing-masing menjaringk­an dua gol ketika Bayern bangkit pada babak kedua di Jerman.

“Semuanya tidak mustahil,” kata Mueller apabila ditanya sama ada Bayern boleh mengulangi kejayaan pada 2013 yang menang Liga Juara-Juara, Bundesliga dan Piala Jerman.

Bagaimanap­un, jurulatih Jupp Heynckes, 72, yang membawa kejayaan itu lima tahun lalu, menegaskan Bayern mesti melakukan lebih baik jika mahu sekali lagi merangkul tiga gelaran.

“Sebarang cerita seperti itu ialah kerja wartawan. Liga Juara-Juara adalah kejohanan berbeza dan kami mesti meningkat,” kata Heynckes.

“Semua orang di stadium melihat kita berdepan kesukaran pada babak pertama.

“Kami tidak menemui rentak dan kami gementar – saya tidak tahu pasukan saya se- perti itu.

“Pada babak pertama, tiada sebarang rentak dalam permainan kami, hantaran kami tidak menjadi dan ia membolehka­n Besiktas lebih banyak menyerang.

“Jaringan pembukaan sebelum rehat memberikan kami kelebihan psikologi dan pada babak kedua kita menyaksika­n pasukan Bayern yang berbeza.

“Kami menjaringk­an antara gol hebat dan bermain bola sepak yang bagus.” AFP

 ??  ??
 ?? Antonio Conte ?? WILLIAN (kanan) tenang mengawal bola walaupun diasak kapten Barca Andres Iniesta. Kami membuktika­n bahawa jika kami bersedia untuk bekerja sangat keras, kami boleh melakukan sesuatu yang menakjubka­n di Nou Camp”
Antonio Conte WILLIAN (kanan) tenang mengawal bola walaupun diasak kapten Barca Andres Iniesta. Kami membuktika­n bahawa jika kami bersedia untuk bekerja sangat keras, kami boleh melakukan sesuatu yang menakjubka­n di Nou Camp”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia