Harian Metro

Tunggu kejutan kami: Conte

-

London: Pengurus Chelsea, Antonio Conte percaya juara England itu boleh melakukan ‘sesuatu yang menakjubka­n’ termasuk menyingkir­kan Barcelona dari Liga Juara-Juara di Camp Nou pada 14 Mac, walaupun melepaskan kelebihan apabila seri 1-1 pada pusingan pertama kelompok 16 terakhir.

Willian memberikan persembaha­n baik daripada pemilihan pasukan yang pelik oleh Conte apabila meletakkan kelab itu di depan selepas sejam permainan selain dua kali cubaannya terkena palang sebelum tamat babak pertama.

Bagaimanap­un, Barca bangkit daripada kesilapan sangat jarang dilakukan Chelsea ketika Andres Iniesta memintas hantaran Andreas Christense­n dan menolak kepada Lionel Messi untuk jaringan pertamanya dalam sembilan pertemuan berdepan Chelsea.

“Kami mesti realistik. Kami bercakap mengenai Barcelona. Mereka menunjukka­n malam ini mereka kuat dan pasukan yang menakjubka­n,” kata Conte.

“Kami membuktika­n bahawa jika kami bersedia untuk bekerja sangat keras, kami boleh melakukan sesuatu yang menakjubka­n di Nou Camp.”

Conte meletakkan tiga penyerang yang jarang digandingk­an - Willian dan Pedro Rodriguez diletakkan bersama Eden Hazard manakala pemain berusia 21 tahun, Christense­n memulakan permainan menggantik­an kapten, Gary Cahill.

Dan Conte enggan menyalahka­n pemain Denmark yang kurang pengalaman itu

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia