Harian Metro

‘Utamakan Liga Europa dulu...’

- Agensi

 Pires mahu Gunners contohi kejayaan skuad Red Devils

Arsenal perlu memberi keutamaan terhadap kempen Liga Europa untuk memperoleh tiket ke Liga Juara-Juara, kata pemain legenda Robert Pires.

Bekas pemain Gunners itu percaya, dengan mengikut jejak kejayaan Manchester United musim lalu, ia memberi peluang lebih baik buat skuad kendalian Arsene Wenger ketika ruang untuk menghuni kedudukan empat terbaik Liga Perdana Inggeris kian sukar.

Kempen Liga Perdana yang tidak konsisten musim ini memberi petunjuk situasi sama seperti musim lalu apabila Arsenal menamatkan saingan di tangga kelima mungkin berulang dan Pires percaya Wenger perlu mengalih fokusnya.

“Liga Europa perlu menjadi keutamaan Arsenal ketika ini,” kata Pires.

“Objektifny­a adalah perlu melakukan apa yang Man United lakukan musim lalu, mereka adalah contoh yang baik.

“United menjuarai Liga Europa dan terus layak ke Liga Juara-Juara. Bagi Arsenal, amat penting untuk menjadikan perkara ini keutamaan.

“Ia adalah trofi, trofi yang bagus, jadi ia amat penting. Musim ini, ia peluang terakhir Arsenal untuk ke Liga Juara-Juara.

“Jika anda melihat kedudukan liga ketika ini, amat sukar untuk Arsenal berada di kedudukan empat terbaik. Saya mahu melihat Arsenal kembali ke Liga Juara-Juara.

“Tapi ia amat sukar dengan Tottenham, Liverpool dan Chelsea semuanya berada di atas mereka.”

Perjalanan Arsenal dalam kempen Eropah ketika ini tampak baik apabila memenangi perlawanan pertama, peringkat 32 terakhir ke atas Osterstund­s menuju aksi timbal balik, awal pagi esok.

Begitupun, tidak mudah untuk Arsenal memenangi kejohanan kelas dua Eropah itu dengan Pires turut menjangkak­an kelab Sepanyol, Atletico Madrid dan Celtic mempunyai peluang cerah mengisi aksi final di Lyon.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia