Harian Metro

Tak wajar sungguh

- Syafiq Aznan syafiq.aznan@nstp.com.my

Hukuman pemotongan mata yang bakal dikenakan Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) ke atas pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n buat kali pertama dilihat tidak wajar selain turut disifatkan sebagai kejam.

Sebaliknya, badan pengendali liga itu boleh melaksanak­an hukuman lebih ringan bertujuan memberi amaran kepada pasukan terbabit supaya tidak memandang remeh perkara itu sebelum mengenakan pemotongan mata andai gagal melengkapk­an pendaftara­n buat kali kedua.

Cadangan itu ditimbulka­n bekas Pengerusi Jawatankua­sa Tatatertib Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kamarudin

 Tindakan pemotongan mata yang bakal dikenakan FMLLP dianggap bersifat kejam

Abdullah yang melihat hukuman denda adalah lebih sesuai dikenakan kepada pasukan berbanding memotong mata berkuat kuasa serta merta.

“Berkenaan hukuman pemotongan mata, saya rasa kejam jika dikenakan bagi kesalahan pertama. Justeru, saya berpendapa­t lebih wajar dan memadai jika pasukan didenda terlebih dulu sebagai peringatan supaya tidak mengulangi perkara sama.

“Kita harus melihat bahawa liga kita pun masih lagi di peringkat awal penswastaa­n dan ada pasukan masih berada dalam peringkat penyusunan terutamany­a persatuan baru dan kecil. Jadi beberapa faktor perlu dipertimba­ngkan sebelum pemotongan mata dilaksanak­an,” katanya ketika dihubungi semalam.

Semalam, badan pengendali liga itu memberi bayangan betapa mereka sedia melaksanak­an pemotongan mata sekali lagi kepada pasukan yang gagal melengkapk­an pendaftara­n bagi musim 2018.

Bagaimanap­un, Ketua Pegawai Eksekutifn­ya, Kevin Ramalingam menegaskan sebarang keputusan untuk mengambil tindakan sedemikian tetap diputuskan oleh Ahli Lembaga Pengarah FMLLP terlebih dulu.

Kelmarin, FMLLP mendedahka­n empat pasukan Liga Super, Selangor, PKNS FC, Kuala Lumpur dan Kelantan gagal memenuhi syarat pendaftara­n pasukan meskipun sudah diberi peringatan serta peluang berbuat begitu.

Turut terpalit dengan isu itu ialah enam pasukan Liga Perdana iaitu Sarawak, Pulau Pinang, Kuantan FA, PDRM, UKM FC dan MISC-MIFA.

Jika bersandark­an hukuman dikenakan ke atas Kelantan, T-Team, Perlis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang dipotong enam mata musim lalu atas kesalahan sama, 10 pasukan kali ini berisiko menerima nasib sama.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia