Harian Metro

Syor cari kaedah lain

- Asrol Awang sukan@hmetro.com.my Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuantan: Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang masih belum mencatat kemenangan dalam saingan Liga Perdana musim ini mengharapk­an tuah di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.

Kapten, Fauzi Majid berkata, penggunaan Stadium Shah Alam sebagai gelanggang rasmi The Cops mampu memberi impak positif buat pasukan itu.

Ia diharap menjadi kenyataan selepas mereka gagal meraih kemenangan dalam tiga perlawanan termasuk tewas dua kali, masing-masing kepada FELDA United FC dan Sabah.

“Sudah pasti kami gembira apabila PDRM kembali beraksi di Shah Alam selepas merekodkan kekalahan 2-6 di tangan FELDA United di Stadium Hang Jebat, Melaka.

“Selaku kapten, saya harap tuah akan menyebelah­i Kuala Lumpur: Perkongsia­n Liabiliti Terhad Bolasepak Malaysia (FMLLP) disarankan memansuhka­n hukuman pemotongan mata sebaliknya mencari kaedah lain bagi menghukum persatuan yang gagal memenuhi syarat pendaftara­n.

Ini kerana kaedah pemotongan mata dilihat bukan saja tidak adil kepada pemain malah boleh membunuh semangat mereka yang sedang berjuang dalam liga.

Bekas jurulatih kebangsaan, Wan Jamak Wan Hassan berkata, pemain tidak sepatutnya dijadikan mangsa kepada kecuaian dilakukan persatuan sebaliknya hukuman patut dikenakan ke atas pentadbir sesebuah pasukan.

“Kasihan pemain, bayangkan mereka bermandi peluh, bertungkus-lumus di tengah padang untuk mendapatka­n mata, tiba-tiba ia dipotong. Ternyata ia tidak adil kepada mereka.

“Tidak mustahil tindakan pemotongan mata itu akan menyebabka­n pemain hilang semangat untuk bermain bersungguh-sungguh selepas itu dan prestasi pasukan akan merudum. Ia secara tidak langsung pasti turut menjejaska­n kemeriahan liga.

“Saya berpendapa­t yang patut dihukum adalah persatuan kami untuk merekodkan kemenangan pertama, sekali gus bangkit daripada prestasi kurang memberangs­angkan dalam tiga perlawanan lalu,” katanya.

Ditanya peluang membenam Pulau Pinang, Sabtu ini, Fauzi berkata, The Cops sudah sedia bangkit daripada aksi kurang menyengat yang dipersemba­hkan sebelum ini.

Menurutnya, tempoh rehat dua minggu memberi ruang memperbaik­i segala kelemahan terutama di bahagian pertahanan.

“Namun, saya percaya Pulau Pinang juga terdesak untuk menang tetapi kami tidak boleh lagi melakukan kesilapan mudah.

“Segala-galanya akan dilakukan dengan penuh tanggungja­wab terutama mempamerka­n aksi terbaik untuk memastikan tiga mata tidak terlepas lagi,” katanya. bukan pasukan. Apakah bentuk hukuman, ia boleh difikirkan FMLLP kerana saya bukan pakar undang-undang,” katanya.

Wan Jamak berkata, walaupun pemansuhan hukuman pemotongan mata itu bakal mencetuska­n kontrovers­i kerana ia sudah dilaksanak­an ke atas beberapa pasukan pada musim lalu, namun ia tetap perlu dilakukan demi kebaikan bola sepak negara.

“Ini undang-undang ciptaan manusia, bukan dari tuhan, ia boleh diubah. Sudah tentu ada yang akan mempertika­i atau memperleke­hkan FMLLP kerana tidak konsisten dengan pendirian mereka tapi mereka (FMLLP) mesti berani berubah,” tegas Wan Jamak.

 ??  ?? KESEBELASA­N utama pasukan PDRM.
KESEBELASA­N utama pasukan PDRM.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia