Harian Metro

Yusri tiada tekanan perkasa TRW

-

Persiapan skuad Kelantan yang akan berdepan Perak, Sabtu ini tidak terjejas selepas ketua jurulatih Sathit Bensoh dipecat Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akibat prestasi hambar pasukan, baru-baru ini.

Presiden KAFA, Ramjani Ilias Khan

berkata, The Red Warriors (TRW) yang kini dikendalik­an penolong jurulatih Yusri Che Lah dilihat tidak mengalami tekanan bagi menghadapi perlawanan keempat saingan Liga Super itu malah bakal menjadi platform kebangkita­n.

Bini Ramjani berkata, persediaan pasukan berjalan lancar malah peminat bakal melihat kemampuan sebenar penyerang import dari Lubnan, Mohammad Ghaddar yang juga bekas penggempur Johor Darul Ta’zim (JDT) ketika mengetuai jentera serangan.

“Barisan jentera pertahanan juga bakal dirombak dengan merehatkan beberapa tonggak seperti Amirridzwa­n Taj dan menyenarai­kan pemain yang sesuai

Bibi

(gambar)

menggantik­an sedia ada.

“Saya yakin dengan percaturan dan perancanga­n Yusri yang bakal mempertaru­hkan barisan terkuat dan perlu diingat pemain harus fokus sepenuh hati memburu kemenangan serta tidak tercicir sebarang mata di laman sendiri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Mengulas pertemuan dengan Perak, Bibi Ramjani mengakui sokongan peminat penting untuk mengembali­kan semula aura jaguh Pantai Timur itu agar kembali bangkit sekali gus mengekalka­n rekod tanpa kalah di laman sendiri.

“Kelantan masih ada 90 minit untuk berjuang di hadapan penyokong sendiri dan tidak mustahil kita bakal mengejutka­n The Bos Gaurus yang dibarisi beberapa bekas pemain import dan tempatan

gandingan Kelantan seperti Brendan Gan, Nizad Ayub, Wander Luiz dan Gilmar Jose Da Silva Filho.

“Kehadiran Ghaddar bersama skuad TRW juga bakal menyuntik nafas baru kepada semua pemain, terutama menambah bisa jentera serangan Kelantan,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia