Harian Metro

UKM mahu lebar rekod kemenangan

- Mohd Amin Jalil sukanteam@nstp.com.my

Seremban: Selepas mendapat suntikan semangat hasil kejayaan menewaskan Johor Darul Ta’zim II (JDT 11) 1-0 pada 10 Februari lalu, kapten pasukan UKM FC, Mohamad Hafizudin Sulaiman bertekad memastikan rentak terbaik itu tidak terhenti setakat itu saja.

Sebaliknya, dia dan rakan sepasukan mahu melebarkan rekod kemenangan apabila turun menentang Kuantan FA pada saingan Liga Perdana di Stadium Darul Makmur, esok.

Katanya, biarpun berdepan pasukan lebih berpengala­man, dia yakin pemain tidak akan gementar sebaliknya lebih bersemanga­t untuk meneruskan persembaha­n terbaik.

“Saya yakin dan percaya kemenangan ke atas JDT II adalah suatu suntikan semangat dan akan menambahka­n lagi keyakinan kami untuk terus bersaing dalam liga. Sasaran kami mahu meneruskan rentak kemenangan ke atas Kuantan FA walaupun bukan mudah kerana beraksi di gelanggang lawan selain mereka lebih berpengala­man.

“Menerusi kombinasi mantap semua pemain, saya yakin peluang untuk meraih keputusan positif boleh di- capai,” katanya ketika dihubungi, semalam.

UKM FC yang juga naib juara Piala FAM 2017 membuktika­n mereka layak bersaing dalam Liga Perdana hasil kemenangan pertama ke atas JDT II walaupun memulakan saingan dengan hambar apabila tewas kepada FELDA United dan Pulau Pinang dengan keputusan 1-2.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia