Harian Metro

Aerum kongsi kebenaran skandal buli T-ARA

-

Annyeongha­seyo! Bekas anggota T-ARA, Aerum yang bertanding dalam program survival Idol Rebooting Project: The Unit akhirnya membuka mulut mengenai salah faham tercetus berikutan skandal buli tahun lalu.

Apabila program itu tamat awal bulan ini, Aerum turut serta dalam satu temu bual dan berkongsi mengenai khabar angin dia dibuli dalam T-ARA. Dia turut menjelaska­n cerita sebenar seorang anggota kumpulan itu dirasuk.

Apa yang pasti, dia tidak menyalahka­n anggota kumpulan itu sebaliknya menyifatka­n kurang komunikasi antara mereka adalah punca masalah sebenar.

“Saya tidak rasa semua itu adalah kesalahan anggota T-ARA. Semua kumpulan pasti berdepan konflik. Itu perkara normal tetapi dunia menyalahka­n kami dan memanggil kami pembuli.

“Setiap anggota sepatutnya berkomunik­asi lebih kerap tetapi ia tidak berlaku. Kami terlalu berhati-hati dan saya tidak setuju ada anggota yang membuli anggota lain,” katanya.

Dia juga turut menyebut perkara itu dalam The Unit.

Menurutnya, setiap anggota dalam kumpulan itu sebenarnya sangat akrab dan boleh bergaul dengan baik.

Jadi, apabila berlaku perbalahan, ia tidaklah serius dan lebih kepada pergaduhan biasa sebagai sebuah keluarga. Sewaktu skandal itu tercetus, mereka semua masih terlalu muda untuk menangani situasi itu dengan lebih baik.

Aerum turut merungkai kisah sebenar apa yang berlaku dengan adikberadi­k Ryu Hyoyoung dan Hwayoung. Berdasarka­n mesej yang diterimany­a daripada Hyoyoung, dia sebenarnya antara anggota paling baik hati.

“Hwayoung seorang yang sangat baik. Dia melayan saya begitu bagus sewaktu menyertai kumpulan itu. Apabila dia mendapat tahu adiknya mengugut saya, dia sangat marah terhadapny­a,” katanya.

Tidak mahu memanjangk­an isu itu, Aerum sebaliknya sangat bersyukur pengalaman bersama T-ARA banyak mengajarny­a.

“Kami semua masih mentah ketika itu dan masing-masing sangat sensitif. Sepanjang bersama T-ARA mengajar saya banyak perkara baru. Bagaimanap­un, kadangkada­ng terfikir saya pasti tidak banyak terluka sekiranya tak menyertai kumpulan itu,” katanya. tidak menyebelah­i mereka dan terpaksa dimasukkan dalam JBJ.

Kumpulan berkenaan hanya diberikan kontrak selama tujuh bulan dan selepas ini akan membawa hala tuju masing-masing.

Menurut anggotanya Kenta, dia masih tidak mampu menerima JBJ bakal berakhir, namun mengakui banyak kenangan indah sepanjang tempoh itu.

“Kami bercakap mengenai pengakhira­n itu setiap masa. Anda selalu bertanya kenapa kami menangis di konsert bukan? Ia adalah disebabkan kami sangat gembira dan teruja tapi pada masa sama terfikir kenapa ia harus terhenti.

“Berapa lama lagi kami akan dapat melihat saat-saat indah sebegini? Berapa lama lagi kami boleh berada di pentas? Memikirkan semua itu benar-benar membuatkan kami menitiskan air mata,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia