Harian Metro

Zico bergabung dengan Migos

-

Dikenali sebagai penyanyi rap yang sangat berpengaru­h di Korea Selatan, Zico sekali lagi bakal mencipta pencapaian peribadi apabila bakal bekerjasam­a dengan kumpulan rap Migos dari Amerika Syarikat (AS).

Mereka bakal bergabung untuk menghangat­kan acara hip hop terbesar di negara itu, Le Grand Hiphop Festival yang membariska­n nama besar dunia termasuk 2Chainz, dan French Montana.

Kali ini, artis antarabang­sa itu diberikan slot untuk bekerjasam­a pula dengan artis

Korea Selatan dan Zico digandingk­an bersama Migos.

Migos menjadi sangat berpengaru­h apabila menguasai muzik hip hop di AS selain mengunggul­i carta Billboard pada tahun lalu. Mereka juga dikhabarka­n akan menjadi hos acara itu nanti.

Tidak hairanlah mereka digandingk­an dengan

Zico memandangk­an penyanyi rap itu sendiri begitu besar namanya di Korea Selatan.

Ia bukan pertama kali dia berganding­an dengan artis hip hop dari AS. Dua tahun lalu, dia juga pernah berkongsi pentas dengan Wiz Khalifa.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia