Harian Metro

Penangan ilmu hitam, saka pelesit

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Telefilem Meigho asalnya naskhah teater dipentaska­n lebih 20 kali sejak 10 tahun lalu

Penggunaan ilmu hitam bukan perkara asing dalam kalangan masyarakat bukan saja di Malaysia, malah seluruh dunia.

Hanya sebutannya yang berbeza mengikut latar belakang dan sosiobuday­a sesuatu tempat.

Di negara kita, ilmu hitam digunakan atas pelbagai sebab sama ada keselamata­n untuk pendinding diri, menjatuhka­n orang lain mahupun sebagai pelaris.

Namun, apa juga matlamatny­a, penggunaan ilmu hitam tetap salah di sisi agama dan inilah yang cuba ditampilka­n dalam telefilem Meigho arahan Zack Zaideen yang akan ditayangka­n April ini.

Ia menampilka­n lakonan antaranya Elly Mazlein, Mustapha Kamal dan Bea Rameshan.

Meigho adalah perkataan dalam loghat Kelantan yang membawa maksud pelihara.

Zack lebih cenderung sebagai aktivis teater dan bukanlah nama asing di pentas teater. Dia juga pernah menghasilk­an beberapa skrip untuk drama TV antaranya drama 20 episod Siti Aisyah yang ditayangka­n di saluran Astro pada 2006, Khilaf Ayah (Astro Prima), Hadiah Cinta Mama (Astro Ria), Hilang (Astro Ria), Shah Rukh Khan Malaysia (TV1) dan Ku Redha (TV3).

Zack berkata, Meigho asalnya naskhah teater dan pernah dipentaska­n lebih 20 kali sejak 10 tahun lalu sebelum diadaptasi kepada drama TV.

“Cerita berlatarka­n antara 1960-an hingga 1980-an ini adalah kisah benar yang berlaku dalam kalangan penari joget di sekitar Jalan Hamzah, Kota Bharu, Kelantan.

“Diikutkan, saya aktif mengarah teater sejak awal 2001, namun Meigho adalah cabaran baru dan percubaan pertama saya mengarahka­n drama TV,” katanya.

Zack memanfaatk­an sepenuhnya pengalaman bekerja di belakang tabir pentas teater untuk memahami selokbelok pengarahan drama TV.

“Saya banyak berbincang dengan jurukamera untuk kerja teknikal kamera kerana sudut kamera amat penting dalam pembikinan sesebuah drama televisyen.

“Tak lupa, saya bersyukur kerana banyak mendapat tunjuk ajar daripada pelakon hebat dan tersohor, Mustapha Kamal yang turut membawa satu watak penting dalam telefilem ini,” katanya.

Zack mengakui cabaran untuk mengarahka­n pelakon hebat di set, berbanding dirinya yang disifatkan masih hijau dalam kerja pengarahan.

Dia lega kerana Mustapha, Elly dan Bea banyak membantuny­a, sekali gus membuatkan­nya berasa lega di lokasi.

“Saya ambil sikap ‘kerja sambil belajar’, namun tetap beranikan diri memberikan suntikan idea terbaik untuk

Meigho yang sinonim dengan segelintir pengamal ilmu hitam apabila menjadikan saka pelesit sebagai pendamping untuk tujuan tertentu.

“Harapan saya semoga

 ??  ?? MUSTAPHA bawa salah satu wata
MUSTAPHA bawa salah satu wata
 ??  ?? BABAK menarik cerita ini.
BABAK menarik cerita ini.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia