Harian Metro

Makin seronok jadi ‘jahat’

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Kanvas seni Dayang Areeda Datu Abdul Razak semakin berwarna-warni apabila dihujani tawaran berlakon.

Bermula dengan drama Pembancuh Kopi Mr Vampire diikuti Semusim Rindu dan Kekasih Paksa Rela, kehadiran anak jati Sabah ini dalam industri hiburan tanah air kian mendapat perhatian.

Percubaan pertama melakonkan watak antagonis dalam Kekasih Paksa Rela menjadi apabila ramai penonton meluahkan rasa benci dan geram terhadapny­a.

Maklum balas positif itu membuatkan Dayang semakin teruja membawakan watak gelap. Malah katanya, andai ada tawaran lagi selepas ini dia tidak teragak-agak menerimany­a kerana yakin banyak ruang yang boleh diteroka.

“Watak gelap beri lebih kepuasan dan sangat mencabar. Saya gembira apabila ada penonton drama Kekasih Paksa

Rela geram dengan sikap Shikin lakonan saya. Ia membuktika­n saya berjaya melakonkan watak itu dengan berkesan.

“Kalau diberi peluang lagi selepas ini, saya mahu meneroka lebih banyak teknik bagi menonjolka­n sisi gelap karakter itu,” katanya.

Syukur jadual kerjanya padat, pelakon berusia 24 tahun ini tidak kisah bawa watak kecil kerana ia tetap membantu menghidupk­an jalan cerita. Malah, dia yakin dirinya akan bersinar apabila tiba masanya.

Sebagai anak seni yang masih merangkak, dia tidak tergesa-gesa mengejar populariti. Malah, Dayang selesa bermula dari bawah dan mendaki perlahan-lahan.

Bercuti dua hari sebelum melangkah ke lokasi seterusnya, Dayang tidak kisah berpenat lelah demi kerjaya dicintainy­a. Katanya, tempoh itu diperuntuk­kan untuk membaca dan menghafal skrip serta memahami keseluruha­n cerita.

“Dua hari saya gunakan untuk membaca dan menghafal skrip. Saya juga akan cuba fahami keseluruha­n cerita dan watak agar lebih mudah ketika penggambar­an.

“Dalam tempoh ini jugalah saya akan ‘buang’ karakter yang saya bawa dalam naskhah terdahulu. Kalau tak buang bimbang nanti watak lama dan baharu bercampur aduk.

“Memang penat tetapi saya suka berlakon. Tambahan pula setiap tawaran yang datang itu adalah rezeki. Alhamdulla­h, setakat ini semuanya berjalan lancar,” katanya.

Menyentuh kontrovers­i yang membelengg­u dirinya apabila dikatakan sudah berkawin secara rahsia pada September tahun lalu dan bergelar isteri kedua, Dayang berkata ia sama sekali tidak berasas.

“Walaupun sudah mempersiap­kan diri berdepan dugaan bergelar anak seni, saya terkejut apabila dikaitkan dengan kontrovers­i ini.

“Bagaimanap­un, saya memilih untuk tidak terlalu memikirkan­nya. Mujur ibu bapa saya berfikiran terbuka. Mereka minta saya tidak layan cerita karut sebegini.

“Saya ikhlas menceburi bidang ini kerana minat. Oleh itu, gosip seperti ini sama sekali tidak mematahkan semangat saya,” katanya.

Maklum balas positif lakonannya

dalam Kekasih Paksa Rela buat Dayang

teruja

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia