Harian Metro

‘Fitnah dan kerja bodoh’

- Ardini Sophia Sina hellinie@hmetro.com.my

Komen Sheila berhubung cerita ‘kematianny­a’ kerana kemalangan

Sebelum ini ramai selebriti tempatan dikaitkan dengan berita mengatakan mereka meninggal dunia yang tular di media sosial.

Pelakon Sheila Mambo turut menjadi mangsa perbuatan orang tidak bertanggun­gjawab itu.

Baru-baru ini, tular cerita mengatakan dia meninggal dunia apabila terbabit dalam kemalangan selepas membuat penghantar­an tempahan pulut kuning.

Sheila berkata, dia terkejut apabila mendapat panggilan daripada bapa saudaranya mengenai perkara itu.

“Dia beritahu berada di hadapan rumah untuk memastikan sama ada cerita itu benar atau sebaliknya.

“Saya terkejut dan bertanya dari mana dia dapat berita itu. Dia pun beritahu ada portal yang kongsikan di Facebook. Saya dan bapa saudara hanya ketawa dengan cerita tidak benar itu,” katanya.

Pelakon drama Andainya Takdir itu bagaimanap­un bersyukur kerana berita berkenaan tidak sampai ke pengetahua­n ibunya.

Bagaimanap­un, Sheila berharap perkara seperti ini tidak berlaku lagi pada masa akan datang.

Tidak kecewa dengan penularan cerita itu, Sheila bagaimanap­un memohon individu terbabit tidak menjadikan isu sensitif untuk menarik pembaca dengan harapan mereka akan mengunjung­i portalnya.

“Buang masa kecewa dengan individu yang buat kerja bodoh semata-mata mahu naikkan ‘viewer’. Suatu hari nanti, apabila khabar angin mengenai kematianny­a yang tersebar, masa itu barulah dia rasa dan tahu.

“Ini satu fitnah, tapi lantaklah. Saya maafkan mereka. Saya tetap positif dan terima kasih kepada peminat yang mendoakan kesejahter­aan saya,” katanya.

Bercerita mengenai perkara itu, Sheila berkata, dia memang terbabit dalam kemalangan, tetapi ia hanya kemalangan kecil dan tidak membabitka­n kecederaan.

“Saya sebenarnya sedang membuat penghantar­an pulut kuning yang sudah ditempah. Tiba-tiba ada kereta yang terlanggar kereta saya menyebabka­n kerosakan pada cermin sisi.

“Saya menghentik­an kenderaan di tepi jalan dan melihat kereta itu juga berhenti di hadapan saya. Dari jauh dia angkat tangan tanda meminta maaf. Kemudian dia tanya sama ada saya alami kecederaan atau tidak.

“Dia terus cakap untuk menanggung kos membaiki semula cermin itu. Dia ambil gambar kad pengenalan­nya dan hantar kepada saya.

Dia juga mencadangk­an bengkel untuk saya baiki kerosakan itu. Alhamdulli­lah, semuanya dipermudah­kan,” katanya.

Dia kagum dengan keperibadi­an anak muda berbangsa Cina yang dikenali sebagai Joe itu.

Berani mengakui kesalahan, dia juga menjalanka­n tanggungja­wab untuk menebus kembali kesilapann­ya.

Menurut Sheila, pemilik bengkel mengembali­kan baki bayaran RM8. Dia menghubung­i Joe untuk berjumpa kerana ingin memulangka­n semula baki berkenaan namun lelaki itu enggan menerimany­a.

Mungkin di mata orang lain nilai RM8 itu sangat kecil tetapi bagi Sheila, itu adalah tanda kebaikan Joe. Dia bangga dipertemuk­an dengan individu berhati baik.

 ??  ?? SHEILA
SHEILA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia