Harian Metro

Single sulung Enigma

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Beri kepuasan apabila sesi rakaman guna tenaga mereka sepenuhnya

Bukan mudah buat kumpulan Enigma yang berasal ari Manjoi,

Ipoh mendapat peluang menghasilk­an single sulung mereka.

Enigma ditubuhkan pada 2000 dan anggota asal yang kekal hanya Mior Azhabullah Anuar atau Azhar selaku pemain dram.

Manakala anggota lain mengambil keputusan me– ngundur diri kerana pelbagai faktor termasuk kerjaya.

Selain Azhar, Enigma turut dianggotai Rafizamani­r Rafini (Eizam- penyanyi), Mohd Nur Shahrashid Md Sharip (Shah-gitar) dan Razak Ngah Radzi (Ajakbass).

“Matlamat asal kami main muzik hanya sebagai hobi dan banyak diundang bermain di majlis perkahwina­n. Tapi sesekali difikirkan sampai bila kami nak terus begini?

“Apabila mendapat anggota baru tahun lalu, saya mula berfikir secara serius untuk menghasilk­an single Enigma. Saya percaya segalanya boleh dicapai jika ada kesungguha­n,” kata Azhar membuka cerita.

Jalan mereka seakanakan dipermudah­kan apabila berjumpa Man, pemain dram kumpulan rock terkenal MAY.

“Dia bagi semangat dan didik kami untuk mantapkan permainan muzik. Man juga menghasilk­an dua lagu iaitu Pertemuan dan Kejauhan untuk kami.

“Kami ambil masa hampir enam bulan untuk berlatih di studio sebelum dibenarkan memasuki studio rakaman kerana Man tak mahu kami buang masa ketika rakaman dibuat.

“Cabarannya bukan mudah kerana kami semua ikat perut kumpul duit bagi membayar semua kos perbelanja­an,” katanya.

Satu kepuasan buat anggota Enigma apabila sesi rakaman lagu pada September tahun lalu menggunaka­n tenaga mereka sepenuhnya.

“Sangat puas hati dan ia pengalaman baru buat kami. Kepercayaa­n Man terhadap kami dibalas dengan sebaik mungkin.

“Man sangat teliti ketika bekerja terutama dalam proses vokal. Maklumlah dia perlu jaga kredibilit­inya sebagai pemuzik terkenal.

“Syukur kami puas hati apabila lagu Pertemuan mula dimainkan di stesen radio milik RTM. Kami juga diundang buat persembaha­n promosi di Sarang Art Hub milik pengarah Mamat Khalid di Tanjung Malim,” kata Azhar.

 ??  ?? KUMPULAN Enigma
KUMPULAN Enigma

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia