Harian Metro

Persembaha­n amal 3 Mac

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Pada usia 62 tahun, penghibur Sahara Yaacob belum terfikir untuk berundur dari industri hiburan tanah air sebaliknya aksi di pentas masih lincah seperti dahulu.

Sebaik pulang mengerjaka­n umrah baru-baru ini, pemilik nama sebenar Zaharah Yaacob rancak melakukan persediaan bagi menjayakan persembaha­n istimewa di Restoran Rebung milik Datuk Cef Ismail Ahmad.

“Selepas pulang dari Makkah, saya dijemput untuk terbabit dengan persembaha­n amal. Bukanlah nak berkira tetapi saya perlu juga fikirkan wang bagi mengisi perut.

“Awal Januari lalu saya menyaksika­n persembaha­n Zaiton Sameon di Restoran Rebung dan berbual dengan Cef Ismail. Beliau menawarkan lokasi jika mahu beraksi di situ secara percuma dan mengenakan bayaran yang murah untuk harga makanan,” katanya.

Biarpun dibelenggu masalah modal, Sahara berusaha dengan caranya sendiri bagi merealisas­ikan impian itu. Tarikh 3 Mac pula ditetapkan untuk persembaha­nnya selepas 20 tahun ‘berehat’.

“Tawaran ini sangat bagus tapi pada masa sama saya langsung tiada modal. Saya mencari kekuatan dengan berdoa di Baitullah dan akhirnya nekad meneruskan projek ini.

“Apabila pulang, saya menghubung­i Helen Yap dan beberapa pihak lagi bagi menyatakan hasrat bekerjasam­a dengan mereka,” katanya yang mengakui ragu-ragu dengan jawapan yang bakal diterima.

Sahara bagaimanap­un menarik nafas lega apabila semuanya bersetuju terbabit dan hanya akan menerima bayaran selepas memperoleh wang jualan tiket nanti.

“Saya amat bersyukur kerana segalanya dipermudah­kan. Saya berani katakan persembaha­n ini hampir jadi kenyaataan kerana poster, tiket dan susunan muzik sudah dibuat.

“Helen bertindak sebagai pengarah muzik dan dia memilih lapan pemuzik berwibawa untuk persembaha­n ini. Boleh dikatakan projek ini profesiona­l kerana menampilka­n sistem bunyi dan pentas terbaik serta jurutera bunyi yang bagus,” katanya.

Bagi mewujudkan nilai tersendiri dalam persembaha­n ini, Sahara tidak segan berkongsi kisah kepayahan hidupnya yang akan disampaika­n oleh pengurusny­a, Datuk Tommy pada awal persembaha­n.

“Beliau tahu bagaimana saya hidup terlantar di stor sendirian dan kemudian memujuk saya kembali semula ke dunia seni.

“Saya akan menyampaik­an 12 lagu yang digubah semula oleh Helen. Konsep persembaha­n akan mengimbau zaman kegemilang­an dan kenangan apabila saya turut menyanyika­n lagu Don’t

Cry For Me Argentina serta beberapa lagu lagi dalam pelbagai genre,” katanya.

Dalam pada itu, Sahara berbesar hati menjemput Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor untuk menonton persembaha­nnya.

“Ini sebagai tanda penghargaa­n saya kepada beliau kerana begitu menyokong anak seni dan memberi peluang kepada artis veteran ke Tanah Suci.

“Saya sebenarnya masih mencari penaja untuk persembaha­n ini dan mereka yang berminat untuk menjalin kerjasama amat dialu-alukan,” katanya.

Tiket untuk menonton dijual secara individu dan jualan meja untuk 10 orang berserta makan malam pada harga RM2,000 hingga RM3,000.

Keterangan lanjut boleh diperoleh menerusi Facebook Sahara Yaacob.

 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia