Harian Metro

PENGACARA MENJENGKEL­KAN!

-

Bukan main geram teman SS dengan cara seorang pengacara yang dikatakan tidak pandai menyesuaik­an diri dengan majlis berkaitan hiburan.

Kata teman SS, susun atur dan lenggok mengacaran­ya tidak ubah seperti sebuah acara rasmi padahal majlis itu santai dan berkaitan hiburan.

Malah, pengacara itu menjengkel­kan rakan media dengan acap kali menggunaka­n bahasa salah yang mengundang tawa tetamu.

Bukan sebab si pengacara membuat lawak, tetapi ada beberapa perkataan yang membawa maksud sama diulang berkali-kali, antaranya ‘acara majlis’ dan ‘media reporter’.

Bukan itu sahaja, dia juga dikatakan berulang kali membuat pengumuman sama seolah-olah rakan media langsung tidak ambil perhatian.

Lebih menjengkel­kan, ketika rakan media menemu ramah artis, si pengacara itu berulang kali menyampuk, sekali gus mengganggu temu ramah.

SS: Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia