Harian Metro

RUNUT BUNYI ADIWIRA MELONJAK

- Michelle Gun michellegu­n@hmetro.com.my

Filem Black Panther sekali lagi mencatat kejayaan membanggak­an menerusi album runut bunyi yang diterbitka­n penyanyi rap Kendrick Lamar.

Ahad lalu, Billboard melaporkan Black Panther: The Album mendominas­i carta lagu Billboard 200 selepas terjual 154,000 unit pada minggu dilancarka­n.

Namun, di sebalik pencapaian itu, Lamar dan penyanyi SZA dituduh menggunaka­n karya seni pelukis Lina Iris Viktor dalam video muzik All The Stars yang juga lagu tema filem Black Panther.

Portal TMZ melaporkan pelukis itu menuntut ganti rugi terhadap dua penyanyi terbabit.

Viktor mendakwa pihak produksi Black Panther menghubung­inya pada 2016 dan awal Januari lalu bagi mendapatka­n kebenaran untuk menggunaka­n karya seninya.

Viktor bagaimanap­un menolak permintaan itu.

Dia turut mendakwa video muzik All The Stars meniru karyanya dengan menambah beberapa elemen lain seperti corak, geometri serta haiwan mistik.

Lapor TMZ, Viktor mahu membuat permohonan injunksi bagi menghalang

Lamar dan SZA daripada terus menggunaka­n karya seninya bagi mempromosi­kan lagu itu.

Album Black Panther yang memuatkan 14 lagu menampilka­n penyanyi hebat The Weeknd, SZA, Travis Scott dan Future.

Namun, hanya beberapa lagu dipaparkan dalam filem Black Panther.

Selain All The Stars, lagu King’s Dean dan Pray For Me dipromosi secara meluas beberapa minggu sebelum pelancaran album.

Nielsen melaporkan tiga lagu berkenaan sudah dimainkan sebanyak 132 juta kali di aplikasi penstriman.

BELANJA KANAK-KANAK TONTON BLACK PANTHER

Dalam perkembang­an lain, Lamar menyewa tiga pawagam supaya kanak-kanak di Los Angeles dapat menyaksika­n filem Black Panther secara percuma.

Penyanyi itu dan produksi muzik miliknya, Top Dawg Entertainm­ent (TDE) menganjurk­an tayangan istimewa itu pada 17 Februari lalu dan menjemput kanakkanak daripada tiga projek perumahan.

Acara itu membabitka­n lima tayangan dengan hampir 1,000 tempat duduk.

Lamar antara selebriti yang menganjurk­an tayangan percuma menyaksika­n filem Black Panther untuk kanakkanak. Selebriti lain yang turut melakukan perkara sama ialah jaguh tenis Serena Williams, penyanyi T.I, Lil Yachty, Offset dan Octavia Spenser.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia