Harian Metro

Samsung Galaxy S9, S9+

-

Samsung kembali ke Kongres Mudah Alih Sedunia (MWC) selepas setahun meninggalk­an acara terbabit dan dijangka memperkena­lkan dua telefon pintar, Galaxy S9 dan S9+.

Bertempat di Barcelona, Sepanyol, Samsung dikhabarka­n melancarka­n dua model terbabit di samping satu gajet misteri pada 25 Februari iaitu tiga hari lebih awal berbanding tarikh MWC bermula pada 28 Februari ini.

Antara ciri baru dijangka, kemas kini kamera baru Galaxy S9 dan S9+ menyaksika­n sistem apertur baru yang keduaduany­a mempunyai bilah apertur lebih nipis boleh dibuka dan rapat dengan sistem tahap cahaya.

Ia bermakna ia mampu menukar antara f2.4 kepada f1.5 sekiranya diperlukan manakala S9+ pula akan mempunyai dua lensa.

Selain itu, Galaxy S9 dan S9+ akan mempunyai sistem audio baru hasil keupayaan AKG memberikan pembesar suara menghasilk­an audio dua kali ganda berbanding model sebelum ini.

 ??  ?? S9 dan S9+ dijangka berbeza dengan model sebelum ini iaitu S8, S8+.
S9 dan S9+ dijangka berbeza dengan model sebelum ini iaitu S8, S8+.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia