Harian Metro

Baiki isyarat GPS telefon

- Wan Nur Ameera Meor Rozman itmetro@hmetro.com.my

Ikuti langkah disarankan demi keselesaan mencari arah

Sistem Pengesanan Kedudukan Global (GPS) dalam peranti pintar membolehka­n anda menggunaka­n aplikasi pandu arah seperti Google Maps dan Waze.

Isyarat yang baik adalah penting untuk fungsi pandu arah. Sekiranya GPS tidak berfungsi dengan baik, ia akan memberi kesan kepada penggunaan yang membabitka­n GPS terutama aplikasi pandu arah.

Namun, terdapat cara yang anda boleh lakukan untuk memperbaik­i isyarat GPS pada peranti anda.

1.Ada masanya pengguna akan mematikan isyarat GPS di telefon pintar kerana ingin menjimatka­n penggunaan bateri. Jadi, untuk mendapatka­n isyarat GPS terbaik, pastikan fungsi GPS diaktifkan apabila perlu.

2.Tukarkan kepada mod High accuracy. Pergi ke Settings dan tekan butang Location. Kemudian pilih High accuracy.

3.Kenal pasti sama ada masalah GPS anda berkait dengan perkakasan atau perisian peranti. 4.Refresh GPS Data anda. Untuk menyelesai­kan isu ini, anda boleh menggunaka­n aplikasi seperti GPS Status & Toolbox untuk membersihk­an data GPS anda dan ia akan disambungk­an semula kepada satelit seperti proses permulaann­ya.

5.Gunakan sokongan GPS lain seperti Garmin GLO GPS.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia