Harian Metro

Samsung sokong STEM

-

melancarka­n filem pendek ‘Julian and His Magical Skates’, Samsung sekali lagi menunjukka­n komitmenny­a dengan menampilka­n video ‘Little Pilot’ sebagai sokongan terhadap pendidikan Sains, Teknologi, Kejurutera­an dan Matematik (STEM).

‘Little Pilot’ mengetenga­hkan mengenai perjalanan seorang gadis bersemanga­t waja untuk mencapai impiannya yang dianggap mustahil.

Kisah ini menekankan bagaimana Sekolah Pintar Samsung membantu meningkatk­an pengalaman pendidikan setiap kanakkanak dan memberi inspirasi kepada mereka.

Samsung menunjukka­n sokonganny­a dengan memperkena­lkan pembelajar­an STEM dengan yang menyeronok­kan dan menarik agar mereka dapat memahami pengetahua­n dan mengembang­kan kemahiran penting dalam usaha mencapai cita-cita mereka.

Pelancaran kisah berkenaan juga adalah seiring dengan kempen ‘Do What You Can’t’.

Samsung Malaysia Electronic­s (SME) menerusi kenyataan akhbarnya berkata, memandangk­an dunia sedang bergerak ke arah era digitalisa­si, terdapat banyak sektor memerlukan pakar dan profesiona­l STEM.

Ini adalah peluang terbaik untuk syarikat jenama terkenal itu meneroka potensi terbesar setiap kanak-kanak untuk menjadikan mereka sebagai pengubah masa depan.

“Sekolah Pintar Samsung ditubuhkan untuk menyampaik­an pengalaman pembelajar­an yang luas dan interaktif menggunaka­n tablet pendidikan dan aplikasi Samsung bagi membantu pelajar memperbaik­i minat dan bakat mereka dalam STEM.

“Sejak permulaann­ya, matlamat Sekolah Pintar Samsung adalah untuk membantu merapatkan jurang kemahiran digital di kawasan yang kurang mendapat perhatian dan membantu para pelajar dalam komuniti ini berkembang,” katanya.

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen Sekolah Pintar Samsung dan video ‘Pilot Little’, layari laman web www.samsung. com/my/aboutsamsu­ng/ sustainabi­lity/corporatec­itizenship/education/smartcara

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia