Harian Metro

Gen.Y BEG 1 TRIP

- Shuhada Mansor gen.y.@hmetro.com.my NORLAILA HAMIMA JAMALUDDIN 1-300-22-6787 SAMB: 4429

Selain lebih ringan dan mudah, ia buatkan anda nampak lebih bergaya

Leceh jika perlu membawa banyak beg ketika mengembara sama ada untuk melancong atau bekerja. Sebenarnya, satu beg sudah mencukupi jika anda tahu caranya.

Selain lebih ringan dan mudah, melancong dengan hanya membawa satu beg juga akan membuatkan anda nampak lebih bergaya. Tidak hanya bergantung cara anda melancong, tapi boleh diguna pakai jika menjadi pengembara beg galas.

Jean adalah antara pakaianyan­gsenangpad­an dan boleh dipakai berulang kali. Pakaian rona tanah juga boleh membantu.

Tapi jika anda suka dengan trend ‘blok warna’ yang semakin digilai anak muda, warna bukan lagi masalah. Guna konsep dua dalam satu, misalnya bawa gaun panjang yang boleh disuai padan dengan blazer untuk acara formal dan masih sesuai untuk acara kasual (tanpa blazer).

Ramai yang mengelak dan malas membuat senarai semak dulu sebelum mengemas beg. Namun, ketahuilah ini antara langkah bijak supaya anda tidak terlebih bawa atau tertinggal barang penting.

Rancang betul-betul berapa helai pakaian yang perlu dibawa dan buat senarai barangan utama. Lebihan pakaian mungkin berlaku tapi jangan pula membawanya terlalu banyak.

Jika mempunyai masa untuk membasuh pakaian dalam dan stoking, anda boleh mengurangk­an bilangan barang yang perlu dibawa. Ambil masa dalam 10 minit untuk basuh pakaian di bilik air, perah sepenuhnya dan gantung hingga kering. Anda mungkin boleh gunakan perkhidmat­an dobi di hotel dan kawasan sekitar.

Kini banyak peralatan membersih badan, kelengkapa­n mandi dan kosmetik bersaiz kecil di pasaran. Jangan berkira untuk membelinya kerana ia membantu meringanka­n beg. Botol kecil pelbagai guna dalam set kelengkapa­n mandi dan kosmetik itu boleh diguna semula pada pengembara­an akan datang. Jika anda perlu mengambil ubat-ubatan, letakkan dalam bekas penjaduala­n ubat.

Banyak benda yang kita boleh tinggalkan di rumah. Menerusi telefon pintar, peralatan yang sering anda bawa sebelum ini seperti kamera, buku nota, peta dan mungkin juga komputer riba tidak diperlukan lagi. Semestinya ini boleh disatukan dalam aplikasi telefon pintar bersaiz lebih kecil dan ringan selain mudah dibawa. Bagaimanap­un, jika anda orang yang sangat mementingk­an kualiti gambar, bolehlah bawa kamera

kompak.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia