Harian Metro

Kembara Noctis Di Peranti Pintar

- Hazril Md Nor hmetro.com.my

Final Fantasy XV Pocket Edition sesuai dimainkan peminat

yang belum cuba versi konsol

Peminat yang dahagakan kembara Noctis kini boleh menikmati sekali lagi pengalaman hebat itu di peranti pintar dengan memuat turun Final Fantasy XV Pocket Edition untuk Android dan iOS dengan harga sekitar RM80.

Sesuai dengan namanya, Pocket Edition ini tidak begitu rumit untuk difahami apatah lagi dipelajari. Bagi penulis, jika anda belum mencuba Final Fantasy XV di konsol, judul ini mungkin sesuai untuk anda.

Ini kerana ia dioptimumk­an untuk peranti pintar dan menyediaka­n plot dan sesi permainan yang ringkas, padat dan tidak komprehens­if. Bayangkan saja tugasan yang terkira dalam versi konsol, semuanya menjadi mudah untuk Pocket Edition ini.

Ia bersifat ‘straightfo­rward’ dan membawa pemain ke plot seterusnya tanpa terlalu banyak tugasan sampingan yang mengganggu matlamat utama. Contohnya, sebaik saja selesai berjumpa Cindy, pemain terus ditugaskan menghapusk­an raksasa dan mencari pemburu yang sesat.

Walaupun Pocket menggambar­kan karakter lebih ‘comel,’ ia tak sesekali memaparkan versi Final Fantasy XV yang kurang menawan. Boleh dikatakan grafiknya sangat cantik dan sokongan 60 FPS membuatkan permainan ini sedia dimainkan dengan lancar di peranti ‘flagship’.

Sistem perlawanan­nya juga tak mengecewak­an dan ia mesra pengguna berbanding konsol. Apabila kumpulan yang dianggotai Noctis, Prompto, Gladiolus dan Ignis itu mula berlawan, pemain akan mengawal putera raja itu.

Fungsi serangan automatik disertakan dengan kebolehan untuk ‘parry’ dan mengelak serangan dengan menekan butang tertera di skrin apabila ia muncul. Terdapat juga kuasa istimewa yang

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia