Harian Metro

YANG TUA PILIHANKU

- Fatin Farhana Japre gen.y@hmetro.com.my

Kata orang tua-tua, mencari pasangan hidup memang tidak boleh sembaranga­n dan bukan semudah memilih ikan di pasar.

Jika kita lihat hari ini, kebanyakan remaja selesa memilih pasangan yang lebih tua atau berumur untuk dijadikan pasangan hidup.

Apa faktor utama kebanyakan remaja memilih pasangan lelaki atau perempuan yang berumur? Adakah kerana kematangan atau kestabilan hidup? Gen Y kongsikan beberapa sebab yang membuatkan remaja masa kini cenderung memilih pasangan yang lebih berumur.

Bersikap matang dan sopan

Semakin berumur seseorang individu, semakin matang tingkah lakunya dan tidak bersikap kebudakbud­akan.

Sikapnya yang matang itu membuatkan anda lebih selesa dalam semua perkara contohnya setiap kali mempunyai masalah, pasangan anda bukan saja menjadi pendengar setia malah turut membantu menyelesai­kan masalah yang dihadapi.

Selain itu, sikap matang dan sopan itu juga mampu menambat hati keduadua orang tua anda untuk menerima pasangan anda seadanya selain mereka rasa lebih yakin melepaskan tanggungja­wab terhadap anda kepada orang lain.

Sekiranya anda memilih pasangan lebih muda atau sama umur, pastikan anda sudah bersiap sedia untuk membimbing pasangan dan menempuh alam rumah tangga yang berliku.

Banyak pengalaman hidup

Masalah memberi kita peluang untuk mengutip pengalaman dan mencari jalan menyelesai­kannya. Maka tidak hairanlah anda lebih gemar memilih pasangan yang berumur kerana mereka boleh menyelesai­kan masalah dengan tenang.

Berbeza dengan kita yang masih muda mesti kelamkabut atau tidak senang duduk selagi masalah tidak selesai.

Mesti anda pelik bagaimana pasangan boleh bersikap tenang sedangkan berdepan masalah besar.

Ini kerana mereka sudah banyak mengharung­i susah payah kehidupan dan berjaya mengatasin­ya untuk masa depan yang lebih baik.

Kerjaya stabil

Pasangan berumur sudah semestinya memiliki kerjaya yang stabil dan mempunyai simpanan atau aset.

Oleh itu, anda tidak perlu risau untuk hidup bersamanya kerana mereka pasti bersedia dalam membina hubungan yang lebih serius.

Bagaimanap­un, kerjaya yang terlalu sibuk boleh menyebabka­n hubungan anda menjadi renggang kerana tiada masa untuk berkomunik­asi.

Anda perlu mempersiap­kan diri untuk memahami kerjayanya dan tidak cepat melatah jika pasangan anda terlalu kuat bekerja.

Mungkin inilah masa yang sesuai untuk anda juga bekerja kuat mengumpul aset daripada mengharapk­an hak milik pasangan anda.

Selalu rasa diri muda

Perempuan atau lelaki mana yang tidak suka dipuji cantik dan muda ketika berjalan bersama pasangan masing-masing.

Pasangan yang berumur membuatkan anda lebih menyerlah ketika berada di sampingnya.

Selain itu, anda berasa lebih selamat dan terjaga di sisi pasangan yang berumur terutama lelaki kerana mereka memiliki aura kematangan luar biasa.

Diri juga rasa disayangi kerana menjadi lumrah manusia memuji kecantikan dan anda perlu berdandan untuk sentiasa kelihatan menarik di mata pasangan anda.

Zaman muda sudah berakhir

Selalunya istilah zaman muda sudah berakhir sering kita dengar daripada bibir pasangan lelaki. Lelaki memang ‘nakal’ sewaktu usia remaja mereka namun berperwata­kan lebih matang ketika menginjak dewasa.

Jika masa muda mereka gemar balik lewat malam, berhibur di kelab malam atau berlumba kereta, sebaik saja memasuki usia matang mereka akan fokus pada masa depan.

Mereka akan belajar lebih bertanggun­gjawab membuatkan anda lebih yakin untuk menjalani hidup bersamanya.

Sifat melindungi

Betul atau tidak pasangan berumur bersifat melindungi? Memang wujud tetapi tidak semua bersifat sebegini. Jangan pula anda berfikiran semua pasangan yang berumur bersifat melindungi dan romantik.

Setiap individu mempunyai sifat penyayang yang tersendiri dan anda perlu belajar daripada pasangan masing-masing.

Bagaimanap­un, jika pasangan memang seorang yang bersifat melindungi dan romantis, anda bertuah kerana mereka lebih bijak mengurus dan melindungi keluarga besarnya.

Menerima anda seadanya

Pasangan yang matang pasti sudah menemui ramai lelaki dan perempuan cantik dalam hidupnya.

Namun kenapa mesti anda yang dipilih untuk dijadikan teman sehidup semati? Mesti anda berfikiran mengapa pasangan tidak memilih perempuan seksi atau lelaki kacak seperti rakannya yang lain?

Jangan terlalu negatif kerana setiap individu ada kekurangan dan kelebihan masing-masing. Ini bermakna pasangan anda menerima diri anda seadanya dan sama-sama belajar melengkapi kekurangan yang ada.

Anda perlu ingat, tua atau muda itu hanyalah angka. Apa yang lebih penting anda memilih pasangan yang boleh memahami dan menyayangi anda untuk selama-lamanya.

Kematangan, sikap sopan antara tarikan ada pada orang lebih berusia

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia