Harian Metro

Beri kefahaman penjagaan buah pinggang

-

Bersempena Hari Buah Pinggang Sedunia (WKD 2018), Yayasan Buah

Pinggang Kebangsaan Malaysia (NKF) akan menganjurk­an hari terbuka pada 8 Mac ini di Pusat Sumber NKF Berjaya bermula jam 9 pagi hingga 4 petang. Pelbagai acara menarik akan diadakan pada hari itu seperti pertunjuka­n tarian kecergasan Bollywood yang diketuai bekas pengurus kecergasan Celebrity Fitness, Bhangra Kirenjit Singh.

Bagi memberikan lebih kefahaman mengenai penjagaan buah pinggang, pemeriksaa­n kesihatan percuma turut disediakan untuk orang ramai. Mereka diberi peluang mengesan tekanan darah, paras glukosa dalam darah, tahap kolesterol dan sesi kaunseling bersama pegawai kesihatan NKF. Dijalankan juga kempen pendermaan organ untuk meningkatk­an kesedaran pengunjung dalam membantu pesakit lain.

Menurut Pengurus Perunding Medi Diastika

Sdn Bhd Nizam Yusof, pendermaan organ mempunyai banyak kebaikan kepada penerima kerana ia memberikan kehidupan baru kepada mereka yang memerlukan. Bagi penderma pula ia mendidik jiwa untuk menjadi lebih menghargai di antara satu sama lain.

Pada masa sama pemeriksaa­n kesihatan turut dijalankan bagi menggalakk­an orang ramai menjaga pemakanan dan buah pinggang mereka.

“Pemeriksaa­n kesihatan awal membantu mengenal pasti sebarang ketidaknor­malan pada badan. Inilah yang ramai orang tidak lakukan kerana bimbang menerima berita yang kurang enak sekiranya mereka menjalani pemeriksaa­n awal,” katanya.

Membawa tema Menghargai dan Memperkasa­kan Kesihatan, pensyarah Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia Dr Nor Fadhlina Zakaria diberi peluang menyampaik­an ceramah kesihatan mengenai suplemen, wanita dan kaitannya dengan buah pinggang. Jika ada kelapangan, jangan lepaskan peluang untuk belajar ilmu berkaitan kesihatan buah pinggang kerana ia berkait rapat dengan gaya hidup dan amalan pemakanan seseorang.

Hari Buah Pinggang Sedunia yang diadakan pada Mac ini turut mempromosi­kan pendidikan, penjagaan kesihatan serta pencegahan penyakit buah pinggang yang memberi tumpuan kepada wanita dan kanakkanak perempuan.

Acara ini juga akan meningkatk­an kesedaran mengenai keperluan untuk diagnosis dan tindak balas yang betul terhadap penyakit buah pinggang kronik semasa kehamilan. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti NKF dan pendermaan organ sila layari http://www.nkf.org. my.

 ??  ?? JAGA buah pinggang anda.
JAGA buah pinggang anda.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia