Harian Metro

Bantu rawat luka kronik

-

Sekiranya luka pada peringkat awal dan ada tisu mati,

larva hanya diletakkan selama 48 jam

DARI MUKA 15

“Namun dengan kecanggiha­n teknologi perubatan dan kesedaran pakar yang ingin meningkatk­an kualiti hidup pesakit menyebabka­n mereka menggunaka­n pelbagai cara bagi menyelamat­kan kaki pesakit. Hanya apabila nyawa pesakit di dalam bahaya barulah kaedah amputasi digunakan,” katanya.

Terdapat tiga keadaan yang menyebabka­n penghidap diabetes mengalami luka pada kaki iaitu neuropati periferal (apabila anggota pesakit terutama kaki mengalami kekebasan daripada rasa sakit, tekanan dan propriosep­si iaitu deria yang memberi informasi mengenai kedudukan anggota badan seseorang. Pesakit juga akan mengalami kekeringan pada kulit disebabkan deria autonomik tidak lagi berfungsi menyebabka­n kulit berpeluh.

“Ini sekali gus menjadikan kulit kering, senang merekah dan mudah tercedera. Deria motor yang tidak lagi berfungsi membuatkan otot mengecut dan mengurangk­an kekuatan pada kaki. Akibatnya cara berjalan pesakit menjadi tidak normal dan tekanan tinggi pada kaki menjadi punca terjadi ulser atau kaki berlubang,” katanya.

Luka pada kaki juga sering berlaku kepada pesakit diabetes yang mengalami masalah salur darah tersumbat atau periferal arteri. Dianggarka­n hampir 50 peratus pesakit yang mempunyai luka pada kaki berhadapan dengan komplikasi salur darah tersumbat terutama pada bahagian betis.

“Risiko luka kaki akan menjadi bertambah serius sekiranya masalah salur darah dialami bersama neuropati periferal. Apabila pengaliran darah ke kulit berkuranga­n kulit menjadi mudah tercedera dan ketiadaan deria rasa menyebabka­n luka boleh terjadi tanpa disedari. Lebih menyukarka­n keadaan apabila pesakit mempunyai antibodi badan yang lemah untuk melawan jangkitan,” katanya.

MENGAPA LUKA BERLAKU PADA KAKI

Hampir semua pesakit diabetes mengalami luka pada tapak kaki atau jari kaki mungkin lebih daripada satu. Luka ini pula mudah berjangkit dan sukar sembuh disebabkan kedalaman luka sehingga ke bahagian tulang.

Jelas Dr Mohd Noor Hazrin, luka ini tidak berlaku pada saraf sebaliknya saraf ini mengalami perubahan disebabkan kandungan gula dalam darah yang lama. Proses dinamakan ‘glycation’ yang terjadi pada saraf.

“Saraf mendapat kesan awal disebabkan ia adalah tisu yang sensitif dan mudah tercedera berbanding tisu lain termasuk otot. Tetapi apabila saraf kurang berfungsi, semua sistem badan seperti perpeluhan kulit, kekuatan otot dan susunan tulang lamakelama­an akan terjejas,” katanya.

Bagi penghidap diabetes yang mengalami luka akibat tertusuk jarum atau benda tajam, langkah pertama yang perlu dilakukan ialah membersihk­an luka terlebih dulu dan balut menggunaka­n kain bersih. Bersihkan luka dengan mengalirka­n air pada bahagian cedera tanpa dicampurka­n bahan lain.

“Pesakit dinasihatk­an menyediaka­n pek kecemasan di rumah untuk cucian luka. Selepas luka dicuci mereka perlu mendapatka­n rawatan lanjut di hospital daripada doktor terlatih dalam bidang penjagaan luka,” katanya.

Meskipun luka mengambil masa yang lama untuk sembuh, jika pesakit patuh pada arahan dan mengikut rawatan disediakan lama-kelamaan luka akan kembali normal. Apa yang penting ialah komitmen dan disiplin terutama dalam memenuhi jadual rawatan serta penjagaan makanan.

“Penjagaan yang ketat sangat diperlukan bagi merawat luka. Malah penjagaan luka juga memerlukan kepakaran dan disiplin yang tinggi. Pengorbana­n masa amat diperlukan kerana pesakit perlu hadir ke hospital untuk rawatan. Ada kala rawatan memerlukan perbelanja­an yang tinggi sekiranya membabitka­n pembedahan,” katanya yang menasihatk­an pesakit agar mengendali­kan kadar gula dalam darah dengan baik bagi mencegah kuman merebak dengan cepat.

TERAPI LARVA LALAT

Bagi pesakit diabetes yang mengalami luka kronik, biasanya doktor pakar akan melakukan pelbagai ujian saringan bagi membolehka­n mereka melalui rawatan khas seperti terapi larva dan terapi tekanan luka (NPWT). Kebiasaann­ya rawatan ini dilakukan bagi luka yang mempunyai peluang untuk sembuh dan tiada halangan dalam pengaliran darah ke bahagian kaki.

“Untuk terapi larva, kami hanya menggunaka­n larva lalat yang dibiakkan saja. Disebabkan larva lalat ini sudah disteril, ia selamat digunakan. Larva ini akan merembes sejenis enzim proteoliti­k yang mencairkan tisu nekrotik. Larva pula akan menginges (memakan) tisu reput dan kehadiran larva pada luka mempengaru­hi pembasmian bakteria.

“Selain itu, rembesan cecair daripada larva menukar pH luka. Bakteria yang dimakan oleh larva biasanya dimusnahka­n dalam saluran perut, rembesan cecair daripada larva menggalakk­an penyembuha­n luka dan tindak balas pergerakan larva di atas luka menyebabka­n stimulasi pembentuka­n tisu baru,”î katanya.

Katanya, larva ini juga bebas daripada kuman. Penggunaan terapi larva menunjukka­n haiwan ini boleh membersihk­an luka daripada bakteria. Kajian menunjukka­n larva lalat ini mampu membantu merawat luka kronik yang dialami manusia seperti diabetes terutama jenis yang kecil, mudah merebak dan sukar untuk sembuh.

“Luka pada pesakit diabetis lambat sembuh kerana terdapatny­a tisu mati yang menyebabka­n peredaran darah menjadi terbantut dan jangkitan senang berlaku. Larva lalat ini berfungsi memakan

 ??  ?? LUKA diabetes sebelum rawatan terapi larva dilakukan.
LUKA diabetes sebelum rawatan terapi larva dilakukan.
 ??  ?? Untuk terapi larva, kami hanya menggunaka­n larva lalat yang dibiakkan saja. Disebabkan larva lalat ini sudah disteril, ia selamat digunakan
Untuk terapi larva, kami hanya menggunaka­n larva lalat yang dibiakkan saja. Disebabkan larva lalat ini sudah disteril, ia selamat digunakan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia