Harian Metro

KEENAKAN CENDAWAN MAITAKE

- Siti Zarinah Sahib sitizarina­h@hmetro.com.my

Cendawan maitake sering digunakan dalam perubatan tradisiona­l China dan Jepun sejak berabad lamanya. Ia dikenali sebagai kulat yang tumbuh di atas tanah atau menerusi sumber nutriennya. Hidupan ini sesetengah­nya tumbuh meliar dan ada yang ditanam sebagai makanan atau untuk tujuan perubatan.

Maitake popular kerana mengandung­i sejenis polisakari­da yang dipanggil beta-glukan yang juga ditemui dalam yis dan beberapa cendawan lain. Kandungan betaglukan yang tinggi dalam maitake merangsang­kan sistem imunisasi dan mengaktifk­an sel bagi mengurangk­an risiko penyakit.

Malah, terdapat kajian yang melaporkan cendawan maitake mengandung­i sari dikenali faktor-D yang berkesan untuk memerangi beberapa masalah kesihatan. Ia juga peratus bahan semula jadi untuk pertumbuha­n dan percambaha­n cendawan.

“Bagi menjadikan tanaman ini subur dan berkualiti, pembanguna­n teknologi dari Hokuto Japan dibawa ke Malaysia. Kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia dapat menikmati keenakan, kebaikan cendawan dan panjang umur seperti masyarakat di Jepun,” katanya yang berucap ketika meraikan sambutan ulang tahun ketiga anak syarikat

Hokuto Corporatio­n dengan kilang utama di Bandar Enstek, Negeri Sembilan.

Pembukaan itu mengukuhka­n kehadiran jenama Hokto di negara ini. Sejak penubuhann­ya dua tahun lalu, Hokto Malaysia Sdn Bhd mengekspor­t

1,150 tan cendawan Brown Beech dan White Beech ke Singapura, Thailand, Vietnam dan Indonesia.

Ia pertama kali diusahakan secara automatik menggunaka­n fasiliti di Malaysia yang bernilai hampir RM80 juta. Kapasiti pengeluara­nnya boleh mencecah sehingga 1,000 setiap tahun.

Antara pencapaian hebat sepanjang dua tahun ini apabila dapat menembusi pasaran berbeza di rantau ini dan berjaya membangunk­an resipi yang sihat menggunaka­n cendawan maitake. Selain itu, Hokto cukup dikenali dengan pelbagai rangkaian cendawan antaranya bunashimej­i dan bunapi.

Melangkah ke 2018, Hokto Malaysia Sdn

Bhd berhasrat untuk mencapai 100 peratus kapasiti penghasila­n cendawan berkhasiat dan enak. Ini membolehka­n Hokto memperkena­lkan jenamanya kepada masyarakat terutama orang Melayu.

“Ini adalah pelan strategik untuk membuka tapak tanaman di

Malaysia apabila Malaysia mempunyai infrastruk­tur yang diperlukan. Tambahan lagi, terdapat pasaran besar bagi cendawan Jepun di negara ini. Teksturnya yang kenyal dan boleh menyerap segala perisa membuatkan cendawan ini sesuai untuk cita rasa tempatan,” katanya.

Resipi cendawan maitake bersama bayam Bahan-bahan:

200 gram cendawan maitake atau dua bungkus maitake

12 tomato ceri

200 gram bayam

1 ulas bawang putih 1 sudu kecil garam Sedikit serbuk lada hitam

Dua sudu kecil minyak zaitun

Cara menyediaka­nnya:

1. Panaskan kuali masukkan minyak zaitun, kemudian tumis bawang putih sehingga naik bau.

2. Masukkan cendawan maitake, bayam dan tomato mini dan kacau sehingga sebati.

3. Tambahkan garam dan serbuk lada hitam kacau sebati. Jangan masak terlalu lama kerana ia menyebabka­n cendawan menjadi lembik. Angkat dan sedia dihidangka­n.

 ??  ?? RESIPI enak cendawan maitake bersama bayam.
RESIPI enak cendawan maitake bersama bayam.
 ??  ?? SAMBUTAN ulang tahun ketiga anak syarikat Hokuto Corporatio­n dengan kilang utama di Bandar Enstek.
SAMBUTAN ulang tahun ketiga anak syarikat Hokuto Corporatio­n dengan kilang utama di Bandar Enstek.
 ??  ?? Bagi menjadikan tanaman ini subur dan berkualiti, pembanguna­n teknologi dari Hokuto Japan dibawa ke Malaysia
Bagi menjadikan tanaman ini subur dan berkualiti, pembanguna­n teknologi dari Hokuto Japan dibawa ke Malaysia

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia