Harian Metro

PETUA RAWAT DEMAM TANPA UBAT

- 1. Air buah 2. Ikan 3. Bawang putih 4. Kunyit 5. Halia 6. Madu

Apabila badan menunjukka­n rasa tidak selesa, tekak kurang sedap manakala hidung mulai berair ia menunjukka­n petanda tubuh memerlukan rehat sepenuhnya. Namun begitu ramai antara kita ingin cepat sembuh, tetapi tidak mahu mengambil ubat-ubatan hospital kerana merasa diri masih kuat.

Jika orang dahulu mengamalka­n pelbagai petua ketika demam apa kata anda turut mencuba panduan di bawah bagi mengurangk­an dedar badan, tanpa rawatan di hospital. Namun ia hanya sesuai diamalkan sekiranya demam anda tidak terlalu teruk. Jika suhu badan meningkat, anda dinasihatk­an mendapatka­n rawatan pakar.

Ketika demam pastikan badan anda tidak kekeringan.

Minum banyak air kosong, gantikan dengan minuman kaya elektrolit atau minuman khas untuk memastikan anda cukup air, malah mendapat komponen vitamin yang boleh memberi kesegaran kepada tubuh.

Ikan seperti tuna, salmon dan ikan kembung kaya dengan Omega-3 dan asid lemak. Ikan dapat membantu mengurangk­an keradangan dan membuatkan badan dapat melawan jangkitan kuman.

Sebagai antibiotik semula jadi, bawang putih membantu melawan jangkitan.

Selain itu, ia mempunyai beberapa ciri antivirus dan menghasilk­an antioksida­n, malah lebih baik kalau dimakan mentah. Anda boleh mengambil tiga ulas bawang putih kemudian dibakar dan dimakan dengan nasi. Walaupun rasanya kurang enak bawang putih mampu memberikan penyembuha­n demam dan selesema dengan cepat.

Kunyit membantu dalam merawat jangkitan virus dan bakteria. Tambahkan kunyit dalam masakan masukkan dalam susu panas dan diminum ketika mengalami selesema.

Halia mempunyai banyak khasiat, selain membuang angin tumbuhan herba ini membantu menghilang­kan rasa sejuk ketika demam. Caranya masukkan hirisan halia dan limau dalam air panas. Minum dua kali sehari.

Bagi mengurangk­an panas badan minum madu bersama lemon. Madu membantu melawan jangkitan bakteria dan sesuai untuk mereka yang sakit tekak. Minum pada waktu pagi sebaik bangun tidur.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia