Harian Metro

MITOS BAYI BESAR

-

untuk mengurangk­an kecacatan saluran saraf seperti spina bifida dan masalah pada saraf tunjang dan otak (anensefalu­s). Oleh itu, asid folik membantu dalam penutupan saluran saraf yang sudah berlaku pada minggu-minggu pertama kehamilan. Tetapi, memandangk­an asid folik adalah sejenis vitamin B (B9) pengambila­nnya boleh diteruskan pada awal kandungan untuk membantu pembentuka­n sel baru,” katanya.

Selain asid folik bakal ibu digalakkan mengambil vitamin B kompleks yang penting untuk pembentuka­n tulang tengkorak janin. Namun begitu nasihat Dr Sharmina, sebelum mengambil apa sahaja ubat atau makanan tambahan perlu mendapatka­n nasihat doktor bagi memastikan ia selamat atau sesuai diamalkan ketika mengandung.

Ubat yang diberi melalui kaunter tidak memerlukan preskripsi doktor, tetapi ibu hamil dinasihatk­an supaya mendapatka­n pengesahan sama ada mereka boleh mengambiln­ya atau tidak.

Jelas Dr Sharmina, setiap ibu akan menerima ubat berbeza bergantung kepada usia kandungan mereka. Pemberian pula bergantung kepada tahap kesihatan dan proses kehamilan individu.

Jika mereka menghidap penyakit tertentu seperti kencing manis, darah tinggi dan anaemia ibu perlu merujuk pakar bagi menentukan jenis ubat atau makanan tambahan paling sesuai.

Mereka tidak boleh mengambil sebarangan vitamin kerana dikhuatiri mengganggu tumbesaran janin. Begitu juga dengan ubat demam, batuk, selesema atau cirit-birit perlu di bawah pengawasan doktor pakar.

Mengenai makanan tambahan pula, jelas Dr Sharmina, ia hanya sebagai langkah penjagaan. Ia menjadi wajib bagi mereka yang tidak mendapat zat yang diperlukan seperti zat besi dan kalsium. Zat besi sangat penting bagi mengelak ibu mendapat anemia atau kelahiran kurang matang manakala kalsium pula untuk pembentuka­n tulang dan gigi serta menampung berat bayi secara fizikal.

“Vitamin untuk ibu hamil hanya suplemen kepada diet yang diambil. Jika seseorang itu mengambil diet seimbang yang mempunyai zat secukupnya, makanan tambahan tidak perlu.

“Tetapi, harus diingatkan bahawa keperluan nutrisi seperti kalsium, zat besi dan vitamin B kompleks dan mineral lain akan meningkat ketika hamil dan semasa menyusukan bayi. Oleh itu, suplemen adalah cara untuk memastikan zat mencukupi sepanjang sembilan bulan kehamilan.

“Bagi mereka yang tidak mengambiln­ya disyorkan menjalani ujian darah bagi memastikan tidak ada masalah seperti anemia atau kurang haemoglobi­n (HB),” katanya.

Secara umumnya, haemoglobi­n ialah protein yang berfungsi membawa oksigen ke seluruh tisu badan. Apabila paras haemoglobi­n tidak mencukupi, ibu hamil berisiko mendapat anemia. Ini berlaku apabila sel darah merah yang matang dan membawa oksigen semakin berkuranga­n, di sini serangan anemia bermula.

Anemia secara umumnya akan menyebabka­n seseorang mudah pitam, lesu, kurang cerdas dan cergas, mudah letih serta cepat mengantuk manakala bagi ibu mengandung, bacaan HB yang rendah boleh mengakibat­kan risiko seperti pitam atau mudah pengsan, mengalami keguguran, pendarahan ketika mengandung dan bersalin serta risiko kepada bayi antaranya pertumbuha­n janin terbantut, lahir tidak cukup bulan dan berat bayi kurang 2.5 kilogram.

Mengenai kegemaran ibu mengambil makanan tambahan untuk mendapatka­n bayi berkulit cerah, cerdik dan bebas kuning, jelas Dr Sharmina tiada makanan tambahan yang dapat memenuhi keinginan ibu hamil ini kerana warna kulit bayi bergantung kepada faktor genetik.

Begitu juga dengan jaundis atau kuning, tiada makanan tambahan bayi yang mampu mengurangk­annya, malah pengambila­n jamu yang tidak diketahui ketika menyusukan bayi baru lahir mungkin akan menyebabka­n bayi lebih kuning.

Dari segi kecerdasan pula, ia bergantung kepada banyak faktor bukan sahaja genetik dan amalan ibu bapa ketika mengandung.

“Nutrisi yang seimbang dari dalam kandungan, pengambila­n susu ibu, zat yang mencukupi ketika kanak-kanak dan remaja adalah salah satu faktor yang membantu kepada kecerdasan dan kepintaran si kecil. Tetapi, bukan faktor itu sahaja kerana amalan ketika mengandung dan pemakanan sihat turut mempengaru­hinya selain rangsangan minda sepanjang tempoh tumbesaran­nya,” katanya.

 ??  ?? DAPATKAN pandangan ahli farmasi makanan tambahan yang dibenarkan untuk ibu hamil.
DAPATKAN pandangan ahli farmasi makanan tambahan yang dibenarkan untuk ibu hamil.
 ??  ?? MAKANAN tambahan tidak diperlukan sekiranya ibu mengambil makanan berkhasiat.
MAKANAN tambahan tidak diperlukan sekiranya ibu mengambil makanan berkhasiat.
 ??  ?? DR Sharmina
DR Sharmina

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia