Harian Metro

‘KAMPUNG’ PATI

- Mohd.rizal@hmetro.com.my

Dua lokasi, masingmasi­ng di tapak pembinaan perumahan di Senadin dan tapak projek pencawang elektrik di Tudan, di sini, dikenal pasti menjadi ‘perkampung­an’ pendatang asing tanpa izin (PATI).

Bagaimanap­un, penempatan itu diserbu sepasukan anggota daripada Pasukan Gerakan Am

(PGA) Miri, jam 8.30 pagi kelmarin, menerusi operasi khas Ops Libas, sekali gus membawa kepada penahanan 24 lelaki, tujuh wanita dan seorang kanak-kanak perempuan Indonesia berusia lima hingga 50 tahun.

Pegawai Pemerintah Batalion 12 PGA Miri, Superinten­dan Tan

Hiap Seng berkata, operasi khas yang turut membabitka­n kerjasama Pejabat Imigresen Miri itu dijalankan susulan aduan awam mengenai kebanjiran PATI di kawasan berkenaan.

“Bertindak atas aduan itu, kami menjalanka­n risikan di lokasi terbabit sebelum mendapati keduadua tapak pembinaan seolah-olah menjadi ‘perkampung­an’ warga asing hingga mencetuska­n kebimbanga­n penduduk.

“Siasatan mendapati PATI itu tidak memiliki dokumen perjalanan sah, selain tinggal melebihi masa di negeri ini dan menyalahgu­nakan pas lawatan sosial untuk bekerja secara haram,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Dalam pada itu, Tan berkata, seorang lelaki warga tempatan berusia 27 tahun dipercayai penyelia tapak projek pembinaan pencawang elektrik ditahan untuk siasatan lanjut.

“Semua warga asing yang ditahan dihantar ke Depot Tahanan Imigresen di Bekenu dan kes diserahkan kepada Pejabat Imigresen Miri untuk tindakan lanjut.

“Semua individu terbabit ditahan mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Imigresen 1959/63, Seksyen 6(1)(c) akta sama dan Perkara

39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963,” katanya.

 ??  ?? PENGUAT kuasa Jabatan Imigresen menahan PATI dalam Ops Libas di tapak pembinaan rumah di Senadin dan tapak pembinaan pencawang elektrik di Tudan, Miri.
PENGUAT kuasa Jabatan Imigresen menahan PATI dalam Ops Libas di tapak pembinaan rumah di Senadin dan tapak pembinaan pencawang elektrik di Tudan, Miri.
 ?? FOTO ??
FOTO
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia