Harian Metro

Intip dua jam aktiviti bom ikan

-

Semporna: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Semporna menahan dua lelaki warga asing, termasuk warga emas berusia 80 tahun selepas dipercayai melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan Pulau Denawan, dekat sini, kelmarin.

Pengarah Maritim Pangkalan Maritim Semporna, Leftenan Komander Amiludin Yenggah berkata, hasil maklumat dan risikan selama dua jam, bot yang dinaiki lelaki warga emas bersama seorang lagi berusia 35 tahun itu berjaya dipintas pada kedudukan 2.8 batu nautika dari pulau berkenaan, kirakira jam 8.30 pagi.

“Ketika pemeriksaa­n di bot terbabit, kami menemui peralatan untuk mengebom ikan, selain pelbagai jenis ikan dianggarka­n seberat 10 kilogram dipercayai ditangkap dengan kaedah pengeboman.

“Kedua-dua suspek juga gagal menunjukka­n dokumen pengenalan diri yang sah,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Amiludin berkata, bot suspek dibawa ke Jeti Azumi, di sini, manakala suspek ditahan untuk tindakan lanjut mengikut Akta Imigresen 1959/63 dan Akta Perikanan 1985.

 ??  ?? LELAKI warga asing yang ditahan dipercayai melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan Pulau Denawan.
LELAKI warga asing yang ditahan dipercayai melakukan aktiviti mengebom ikan di perairan Pulau Denawan.
 ??  ?? ANTARA peralatan yang dirampas digunakan untuk mengebom ikan.
ANTARA peralatan yang dirampas digunakan untuk mengebom ikan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia