Harian Metro

8 ditahan bantu siasatan kes bunuh

-

Belaga: Lapan individu berusia antara 31 hingga 43 tahun ditahan untuk membantu siasatan susulan kes pembunuhan seorang pekerja warga Indonesia di ladang sawit di Penyuan di sini, semalam.

Ketua Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Belaga Asisten Superinten­dan Mohd Sani Junid berkata, semua individu terbabit yang juga rakan senegara mangsa dipercayai dapat membantu polis, termasuk kenal pasti motif pembunuhan.

“Mereka ditahan di ladang sawit itu dalam tempoh 24 jam selepas mayat mangsa ditemui dengan kesan luka teruk di bahagian leher dan punggung, dipercayai diserang menggunaka­n tombak kelmarin (Isnin).

“Kami sedang mengenal pasti dalang utama kes pembunuhan itu dan punca sebenar mangsa dibunuh,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Isnin lalu, sekumpulan pekerja asing yang baru memulakan kerja dikejutkan dengan penemuan mayat rakan sekerja mereka dalam keadaan berlumuran darah kira-kira jam 9.30 pagi.

Mangsa dikenali sebagai Dariman, 29, ditemui mati dengan kesan tetakan pada bahagian leher dan punggungny­a.

Mohd Sani berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia