Harian Metro

80 tahun penjara perkosa anak

-

Seorang pekerja am bukan saja terpaksa meringkuk dalam penjara selama 80 tahun, malah dikenakan 24 sebatan selepas Mahkamah Sesyen Petra Jaya, semalam, mendapati dia bersalah merogol anak kandungnya sejak tiga tahun lalu.

Hakim Dayang Ellyn Narissa Abang Ahmad menjatuhka­n hukuman berkenaan selepas tertuduh berusia 40 tahun itu didapati bersalah melakukan perbuatan keji terbabit sebanyak empat kali dalam tempoh tiga tahun.

Bagi setiap pertuduhan mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan itu, bapa kepada empat anak itu dihukum penjara 20 tahun dan enam sebatan dengan hukuman berjalan berasingan berkuat kuasa hari ini.

Berdasarka­n pertuduhan, dia didakwa merogol anak perempuann­ya ketika mangsa berusia 14 tahun di sebuah rumah di Padawan sejak Mac 2015.

Keputusan mengenakan hukuman berat ke atas tertuduh dibuat berikutan tindakanny­a menjadikan mangsa sebagai pemuas nafsu selepas tertuduh bercerai dengan isterinya dengan perbuatan terkutuk berlaku ketika mangsa tidur.

Tidak cukup dengan itu, tertuduh membawa anak kandungnya ke farmasi bagi membeli pil pencegahan kehamilan dan sanggup memaksa mangsa menelan pil terbabit.

Perkara itu terbongkar selepas mangsa mendedahka­n perbuatan tertuduh kepada ibunya menerusi aplikasi Wechat, sekali gus membawa kepada penangkapa­n tertuduh.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia