Harian Metro

Kantoi samun rumah bapa saudara

-

Seorang remaja lelaki kempunan selepas pelbagai barangan berharga yang dilarikan dari rumah bapa saudaranya di Tudan, di sini, petang kelmarin, tercicir dalam usahanya meloloskan diri sejurus perbuatann­ya disedari bapa saudaranya.

Dalam kejadian jam 4 petang, remaja berusia 14 tahun berkenaan dipercayai menceroboh masuk ke rumah berkenaan melalui tingkap bilik tidur dan sempat mengambil komputer, pakaian berjenama serta wang tunai RM200.

Bagaimanap­un, sebelum sempat melarikan diri, remaja itu ‘bertembung’ dengan bapa saudaranya berusia 34 tahun yang kebetulan berada dalam rumah berkenaan.

Sumber berkata, melihat bapa saudaranya tiba-tiba muncul, remaja itu melarikan diri sehingga beberapa barangan yang cuba dilarikan tercicir di rumah itu.

“Bapa saudaranya membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri untuk tindakan lanjut,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia