Harian Metro

Belasah kekasih baru teman wanita

-

Miri: Akibat cemburu teman wanita ‘dirampas’, seorang remaja lelaki bersama dua rakannya membelasah bekas kekasihnya bersama pasangan barunya di Jalan Nakhoda Gampar, di sini, Sabtu lalu.

Bagaimanap­un, perbuatan remaja itu bersama rakannya yang berusia antara 16 dan 17 tahun mengundang padah apabila mereka ditahan polis di Pujut, di sini, jam 10.30 pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Lim Meng Seah berkata, kedua-dua mangsa berusia 15 tahun itu dibelasah menggunaka­n kayu hoki dan besi oleh kumpulan terbabit.

Menurutnya, kejadian itu mengakibat­kan mangsa wanita lebam di pergelanga­n tangan, manakala pasanganny­a cedera di bahu kiri.

“Semua suspek ditahan selepas mangsa lelaki membuat laporan di Balai Polis Pusat Miri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

 ??  ?? DUA remaja ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.
DUA remaja ditahan selepas mangsa membuat laporan polis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia