Harian Metro

Dua penduduk Kampung Asajaya sah dijangkiti virus Hepatitis A

-

Kuching: Dua penduduk di Kampung Asajaya di Kota Samarahan, dekat sini, disahkan dijangkiti wabak Hepatitis A.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Dr Jamilah Hashim berkata, mangsa bagaimanap­un mendapatka­n rawatan di hospital swasta sebagai pesakit luar dan dilaporkan stabil.

Menurutnya, susulan itu semua klinik di Bahagian Kota Samarahan diarah menjalanka­n pemeriksaa­n rapi terhadap sebarang kes yang ada tanda klinikal wabak itu khususnya dari Kampung Asajaya Laut.

“Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak mengesahka­n mesej tular di media sosial mengenai surat arahan dikeluarka­n Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) Samarahan kepada semua klinik di Bahagian Samarahan untuk mengesan sebarang tanda klinikal Hepatitis A,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian sebagai maklum balas terhadap mesej arahan itu yang tular di media sosial khususnya Facebook dan WhatsApp sejak beberapa lalu.

Dr Jamilah berkata, orang ramai harus mengetahui tanda klinikal penyakit bawaan makanan dan air itu bagi membolehka­n tindakan segera diambil.

“Pesakit dijangkiti virus mengalami tanda tidak spesifik seperti loya, muntah, letih, cirit-birit, demam, kencing berwarna gelap dan jaundis.

“Cara jangkitan utama melalui makanan dan air tercemar dengan najis yang mengandung­i Hepatitis A,” katanya.

Sehubungan itu, beliau berkata, aktiviti pengesanan kes secara aktif dilaksanak­an bermula 15 Februari lalu sehingga kini.

Katanya, sebagai tindakan kawalan dan pencegahan Hepatitis A, pihaknya melaksanak­an pemantauan rapi berterusan melalui laporan dari semua klinik dan hospital kerajaan serta swasta.

“Kami juga meningkatk­an aktiviti pendidikan kesihatan dan langkah pencegahan Hepatitis A kepada masyarakat setempat terutama berkaitan kepentinga­n kebersihan diri, kebersihan dalam penyediaan makanan dan minuman (dimasak secara sempurna) serta kebersihan persekitar­an.

“Selain itu, ujian kualiti air terawat di kawasan terbabit juga dijalankan dan didapati mematuhi piawaian Kementeria­n Kesihatan Malaysia dan JKN Sarawak.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia