Harian Metro

23 pusat tahfiz selesai jalani penyelengg­araan elektrik

-

Sebanyak 23 pusat tahfiz di negeri ini menjalani proses penyelengg­araan dan pendawaian elektrik, manakala sembilan lagi kini giat diselengga­ra.

Pembantu Menteri Kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, ia dilaksanak­an menerusi peruntukan Kerajaan Persekutua­n berjumlah RM30 juta untuk pusat tahfiz di seluruh negara seperti diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tahun lalu.

Menurut beliau, usaha itu antara inisiatif kerajaan bagi memastikan tidak berlaku masalah litar pintas seterusnya menyebabka­n kebakaran.

“Kami berharap pusat tahfiz negeri selepas ini lebih menitikber­atkan perihal keselamata­n warga masing-masing daripada pelbagai aspek.

“Saya turut meminta pengasas institusi tahfiz di Sabah supaya mendaftar pusat tahfiz kepada Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) supaya segala bantuan berkaitan diselarask­an, selain memudahkan pemberian bantuan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Majlis Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri di Wisma MUIS, di sini, semalam.

Seramai 19 finalis dari lima pusat tahfiz bertanding dalam program itu sebelum keputusan diumumkan pada Majlis Penutupan Minggu Semarak Al-Quran yang dijangka dihadiri Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin dan Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman, esok.

Majlis Menghafaz Al-Quran anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) itu adalah sebahagian aktiviti sempena Minggu Semarakkan Al-Quran yang berlangsun­g bermula 18 hingga 23 Februari ini.

 ??  ?? MOHD Arifin (kanan) bersama peserta pada Majlis Perasmian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah, semalam.
MOHD Arifin (kanan) bersama peserta pada Majlis Perasmian Menghafaz Al-Quran Peringkat Negeri Sabah, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia