Harian Metro

2 BERADIK PARAH DEPAN SEKOLAH

Dua murid parah, ibu cedera motosikal dirempuh kereta

- Rosli Ilham news@nstp.com.my

Dua murid parah manakala ibu mereka cedera ringan apabila dirempuh sebuah kereta ketika dalam perjalanan ke sekolah di Paka di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.20 pagi di Kilometer 8 Jalan Paka-Al Muktaffi Billah Shah (AMBS) di hadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Santong, dua beradik, Muhammad Salahuddin Mohd Nasir, 12, dan Najwa Adawiyah Abdul Nasir, 11, parah di kepala.

Ibu mereka, Noor Azizah Talib, 48, yang menunggang motosikal Modenas CT100 hanya cedera ringan.

Kejadian dipercayai berlaku apabila Noor Azizah membuat pusingan U untuk menghantar anaknya ke sekolah berkenaan.

Secara tiba-tiba sebuah Perodua Alza yang dipandu Mohd Shahrul Muin Mamat Ismail, 26, dari arah sama merempuh belakang motosikal terbabit. Rempuhan itu menyebabka­n tiga beranak terbabit tercampak di atas jalan sebelum mereka dibantu orang ramai dan dikejarkan ke Hospital Dungun.

Ketua Polis Daerah Dungun Superinten­dan Baharudin Abdullah ketika dihubungi mengesahka­n kejadian itu dan siasatan lanjut mengenainy­a sedang dijalankan.

Menurutnya, pihaknya minta pemandu agar dapat memperlaha­nkan kenderaan ketika melalui kawasan berkenaan terutamany­a di sekitar sekolah terbabit.

Katanya, pihaknya tidak mahu kejadian yang sama berulang lagi kerana di lokasi itu juga menyebabka­n murid sekolah berkenaan Muhammad Syamil Harun, 10, maut dirempuh kereta ketika melintas pada 20 September 2016.

 ??  ??
 ??  ?? ORANG ramai membantu dua beradik yang terbabit nahas.
ORANG ramai membantu dua beradik yang terbabit nahas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia