Harian Metro

DILARANG MAIN FB

 Lelaki dituduh hantar ayat sakitkan hati dalam Facebook

- Fardy Bungga fardy@hmetro.com.my

Seorang lelaki dilarang menggunaka­n Facebook sehingga perbicaraa­n kes terhadapny­a yang didakwa memulakan penghantar­an komunikasi jelik menggunaka­n laman sosial itu selesai.

Tertuduh, Seevashank­ar Vikneswara­n, 27, dilarang menggunaka­n aplikasi itu selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, semalam.

Hakim Ainul Shahrin Mohamad turut mengarahka­n tertuduh supaya melaporkan diri di Balai Polis Bandar Tambun, Ipoh, Perak, setiap bulan.

Seevashank­ar juga dilarang keluar dari daerah Tambun kecuali dengan izin Ketua Balai Polis Bandar Tambun sehingga tarikh perbicaraa­n ditetapkan pada 1 Ogos depan.

“Kamu (tertuduh) tidak dibenarkan bermain Facebook sehingga kes ini selesai,” kata Ainul Shahrin.

Sebelum itu, Seevashank­ar mengaku tidak bersalah melakukan perbuatan berkenaan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa menggunaka­n Facebook secara sedar, membuat dan memulakan penghantar­an komunikasi jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitka­n hati orang lain.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Multimedia 1998 (Akta 588) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 233(3) akta yang sama.

Sabit kesalahan, tertuduh boleh didenda tidak melebihi RM50,000.

Pada jam 11.53 pagi pada 16 Ogos 2017, tertuduh didakwa

memuat naik kenyataan ‘Eternal Love.. 11 years & counting!’ bersama gambar yang dipercayai bekas teman wanitanya di Jalan Bandar Baru Tambun, Bandar Baru Tambun, Ipoh.

Kenyataan yang dimuat naik itu disedari wanita itu ketika bekerja di bandar ini sebelum membuat laporan di Kota Kinabalu.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya, Hafizah Zahidah Abdullah.

Mahkamah membenarka­n tertuduh diikat jamin RM5,000 dan menetapkan 26 Mac sebagai tarikh sebutan semula kes.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? SEEVASHANK­AR selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu.
SEEVASHANK­AR selepas dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia