Harian Metro

‘Kalau ikutkan memang tidak setimpal’

-

Kuala Lumpur: “Kalau diikutkan memang hukuman penjara tiga tahun dan denda RM10,000 tidak setimpal dengan nyawa sebab anak yang ditinggalk­an ini masih kecil lagi, tak faham apa-apa.

“Namun sekurang-kurangnya kami mendapat jawapan daripada penantian selama tiga tahun,” kata Yusnidah Husain, 49, ketika dihubungi, semalam.

Yusnidah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai keputusan Mahkamah Majistret yang menjatuhi hukuman itu terhadap dua pemandu Perodua Myvi, Siti Noor Aini Mohd Said, 39, dan Mohamad Fizal Reza Jamauddin, 35, yang didapati bersalah memandu secara berbahaya hingga menyebabka­n kematian adik Yusnidah, Fairuz Nizam, isteri dan anak mereka di Lebuhraya Duta-Ulu Klang (DUKE) pada Mei 2015.

Kakak kedua kepada Fairuz Nizam itu berkata, dia dan keluargany­a berharap kejadian itu akan menjadi pengajaran kepada orang lain supaya tidak mengulangi kesalahan serupa.

Ketika ditanya adakah dia akan memberitah­u keputusan mahkamah itu kepada dua anak mangsa, Nur Firuza Amira, 10, dan Nur Firuza Aqila, tujuh tahun, yang kini berada di bawah jagaannya, Yusnidah berkata, dia akan menunggu masa yang sesuai untuk berbuat demikian kerana tidak mahu emosi kanak-kanak itu terganggu.

Sekurang-kurangnya kami mendapat jawapan daripada penantian selama tiga tahun”

Yusnidah Husain

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia