Lelong barang peribadi kutip dana
Erra ketika dihubungi berkata, idea tercetus apabila dia dan ibu Elina tidak berkesempatan membawa anak mereka ke rumah anak yatim dan mereka yang memerlukan untuk menghulurkan bantuan.
“Biarlah anak kami belajar mengenai konsep kebajikan dan membantu mereka yang memerlukan. Barang mereka juga banyak, jadi kita berikan idea supaya dijual dan hasil jualan itu disedekahkan kepada mereka yang memerlukan,” katanya.
Erra berkata, Aleesya dan Elina teruja dengan idea itu dan bersungguhsungguh mengumpul barangan seperti buku, pakaian dan koleksi permainan mereka untuk dijual.
Menurut Erra, selain memberikan pendedahan mengenai pelaksanaan kerja amal dan kebajikan, pada waktu sama apa yang diusahakan itu mampu membantu perkembangan minda mereka.
“Lagipun pengetahuan kanak-kanak zaman sekarang lebih luas. Bayangkan dalam usia lapan dan sembilan tahun, mereka sudah tahu apa itu blog, menulis cerita dan pelbagai lagi pergetahuan yang bagus.
“Usaha pertama ini juga sebenarnya ada ujian untuk saya dan ibu Elina. Kami tidak tahu bagaimana mahu mengendalikannya. Lusa (esok) baru kami tahu bagaimana,” katanya.
Erra berkata, sebagai permulaan tidak banyak barang yang dilelong, sebaliknya ia dijadikan percubaan bagi melihat cara yang sepatutnya dilaksanakan.
“Sekiranya percubaan Ahad ini berjaya, kami merancang untuk melakukannya secara berterusan. Selepas itu barulah kita akan memikirkan kepada siapa wang kutipan itu akan disalurkan,” katanya.