MURAJAAH AL-QURAN
Teknik berkesan bantu ingati ayat suci dihafal
Meletakkan al-Quran sebagai keutamaan dalam hidup, bererti kita perlu mengingatinya sebanyak mungkin.
Dalam kesibukan harian, otak kita mudah beralih fokus. Dalam buku Aladdin
Factor, karya Jack Canfield dan Mark Viktor, setiap hari manusia menghadapi 60,000 fikiran.
Kajian Fakulti Kedoktoran di San Francisco pada 1986 menyatakan, lebih 80 peratus fikiran manusia bersifat negatif. Bayangkan, betapa sibuknya otak kita.
Kita perlu memberikannya arahan yang betul. Justeru, kita memerlukan jadual ‘murajaah’ tersusun supaya otak kita tidak melupakan keutamaannya serta kekal positif.
Murajaah ialah ulang membaca al-Quran yang sudah dihafal. Tanpa murajaah, hafalan pasti akan hilang.
Semua ahli al-Quran setuju ia penting kerana dapat menguatkan hafalan.
Nabi Muhammad SAW berpesan: “Perumpamaan orang yang hafal al-Quran ialah seperti unta yang ditambat. Jika ia tetap diawasi dia akan tetap tertambat tetapi jika ia dibiarkan maka ia akan terlepas.” (Muttafaqun
alaih)
Realitinya memang begitu. Al-Quran lebih mudah terlepas berbanding mudahnya terlepas lembu dan kambing daripada tali ikatannya.
Memilih untuk menjadi ahli al-Quran bermakna jadual hidup kita perlu ada hubungan erat dengan al-Quran.
Kata Nabi SAW: “Jika ada seorang penghafal al-Quran solat lalu ia membacanya pada malam dan siang harinya, nescaya ia akan sentiasa mengingatinya. Namun jika ia tidak melakukan hal itu, nescaya ia akan melupakannya.” (Riwayat Muslim)
Al-Quran perlu dijadikan teman kerana ia akan menemani kita sampai ke alam barzakh. Ia juga tetap setia dalam menghadapi episod seterusnya di padang mahsyar yang lebih mengerikan.
Saat al-Quran menjadi keutamaan, secara automatik kita akan merasakan perlunya mendengar ayat yang dihafal sepanjang hari.
Jika kita menetapkan menghafal lima muka surat selama seminggu, kita juga perlu mendengarkan halaman yang kita hafal selama seminggu.
Pernahkah kita menghabiskan berjam-jam untuk menghafal, tetapi pada masa yang singkat kita sudah lupa?
Rupa-rupanya bukan kerana hafalan itu susah tetapi kerana kita tidak tahu tekniknya.
Menurut kajian, kita akan melupakan 80 peratus apa yang sudah kita hafal dalam tempoh satu hingga 24 jam.
Contohnya, selepas kita hafal satu muka surat al-Quran pada awal pagi, pada malamnya, antara Maghrib dan Isyak amat sukar untuk mengingati semula 80 peratus daripada hafalan itu.
Menurut pengalaman Dr Majdi Obaid (www.majdiobaid.com), seorang akauntan profesional dan penghafal al-Quran, katanya, pada permulaan menghafal al-Quran, beliau menghafal secara konvensional (kaedah lama) dan memerlukan 30 hingga 45 minit untuk menghafal satu muka surat.
“Saya menghafal pada waktu pagi hari. Ketika masuk pertengahan siang, saya mencuba mengulang hafalan tadi dalam solat sirriyah dan ternyata sebahagian daripada hafalan saya hilang.
“Saya tidak tahu apakah penyebabnya. Akhirnya, saya mempelajari mengenai masalah ingatan dan dasar dalam murajaah dan mengingat. Ternyata penyebabnya sangat sederhana,” katanya.
Pada dasarnya, otak manusia bekerja sesuai dengan keperluannya. Contohnya, ketika sedang menghafal al-Quran, otak kita fokus sepenuhnya untuk menghafal.
Apabila kita tahu cara kerja otak, maka kita mesti memasang strategi. Jangan menghabiskan waktu terlalu lama ketika baru memulakan sesuatu.
Contohnya, ketika bersemangat, kita pun menghabiskan masa selama tiga jam menghafal 30 muka surat al-Quran dalam satu hari namun tiada murajaah.
Esoknya, semua hafalan itu hilang dan kita mula kecewa. Lebih baik menghafal satu halaman dan lakukan murajaah secara berterusan dan berulang-ulang.
Jangan lupa melakukan latihan pernafasan dan releksasi sebelum memulai murajaah atau menghafal. Ketika menghafal. sasaran
Jika ada seorang penghafal al-Quran solat lalu ia membacanya pada malam dan siang harinya, nescaya ia akan sentiasa mengingatinya. Namun jika ia tidak melakukan hal itu, nescaya ia akan melupakannya”
Riwayat Muslim
harian kita contohnya satu muka surat sehari, maka selesaikan hafalan itu pada pagi hari berkenaan.
Selepas selesai menghafal, cuba mengulanginya seperti berikut:
1. Pada waktu pagi ketika hendak memandu kenderaan ke tempat kerja, gunakan waktu untuk memurajaah hafalan sesaat sebelum berangkat, satu jam selepas kita selesai menghafalnya.
2. Bacalah hafalan baru itu dalam solat sirriyah (solat Zuhur dan Asar).
3. Ketika memandu kereta pulang dari kerja.
4. Dalam solat sunat dan ketika qiamualail.
5. Dalam setiap waktu, misalnya ketika berhenti di lampu isyarat, ketika menunggu solat dan lain-lain waktu.
6. Sebelum tidur. 7. Ketika bangun tidur.
Penulis pendakwah dan penulis buku