CARI, KENAL PASTI, GILAP
Empat teras utama diguna pakai untuk melatih individu berbakat, memupuk serta menggilap bakat sedia ada untuk jangka masa panjang
Pencarian bakat mungkin dilihat sebagai langkah awal untuk mengenalpasti bakat baru namun langkah yang tidak kurang pentingnya adalah bagaimana membentuk atlet untuk membawa mereka ke peringkat lebih tinggi, khususnya mewakili negara di peringkat antarabangsa.
Pensyarah Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi
Universiti Teknologi Mara (UiTM), Mohd Sadek Mustafa berkata, dalam sukan berprestasi tinggi, apa yang perlu dilihat dalam aspek pengenalpastian bakat (Talent ID), khususnya dari aspek pembangunan bakat (TD) adalah mengenalpasti mereka yang berbakat dan mereka yang perlu dipupuk dan dibangunkan bakatnya.
Mengambil contoh pemain Bawah 23 tahun kebangsaan, N Thanabalan , Sadek menjelaskan pemain itu mempunyai elemen sebagai seorang ‘goal-getter’.
“Elemen goal-getter ini ada pada Thanabalan, dia bukan dilahirkan dengan kemahiran ini tetapi dia mampu meletakkan
(gambar)
dirinya dalam posisi untuk mengambil peluang terhidang,” kata Sadek.
Jelasnya lagi, soal bakat sesuatu yang tiada noktahnya kerana mungkin ada orang yang cepat menangkap sesuatu kemahiran dan ada yang dipanggil sebagai ‘late learners’.
Dalam kajian yang dibuat Universiti John Moores Liverpool yang membangunkan Differenciated Model of Giftedness and Talent, ia dibahagikan kepada empat domain utama:
Bakat semulajadi iaitu keupayaan semula jadi yang dimilki seseorang atlet. Antara yang menjadi tumpuan termasuklah kemahiran intelek, kreativiti, kemahiran berkomunikasi (termasuk bercakap dengan media), sensori motor (seperti refleks, koordinasi, kekuatan).
Intrapersonal iaitu personaliti dalaman seseorang atlet itu. Apa yang dimiliki dalam diri seseorang atlet itu sama ada dia seorang pemarah, penyabar mempunyai kualiti kepimpinan, pengurusan stres, penampilan diri, memilki karakter tertentu, motivasi (memiliki minat yang tinggi, keupayaan untuk membangunkan diri, boleh berdikari).
Persekitaran iaitu pengaruh budaya, sosial, guru,
a.
b.
c.
jurulatih, program yang dibangunkan, ganjaran, insiden yang berlaku dalam kehidupan (contoh kemalangan yang menjejaskan persekitarannya).
Pembangunan sistematik yang melihat kepada kemahiran yang perlu dibentuk dan dikuasai.
Menurut Sadek lagi apabila membicarakan mengenai thinking athlete, di mana universiti mengambil ramai atlet untuk menjadikan mereka atlet yang berfikir dan berpengetahuan termasuk menilai perkara tertentu seperti berminat dengan seni, muzik, perniagaan dan pengurusan, apa yang dibuat pada waktu lapang, bagaimana mereka berinteraksi dengan media dan orang awam di media sosial, adakah mereka mampu mengawal sikap sebagai seorang public figure, dan penguasaan mereka terhadap teknologi.
“Semua itu dijadikan sebagai alat untuk meningkatkan prestasi mereka dalam sukan berdasarkan model yang dibuat di Universiti John Moores itu,” kata beliau.
Apa pun menurut beliau pengenalpastian bakat ini perlu didukung empat teras utama iaitu ia pertamanya ia perlu bersifat jangka panjang dan berterusan.
d.
“Selain itu, pengukuran perlu berasaskan kepada perkembangan, di mana ia diukur sepanjang tempoh tertentu bukan mengikut prestasi semasa semata-mata (longitudinal design),” kata beliau.
“Ketiganya, Talent ID juga perlu melihat kepada aspek biologikal dan kesannya kepada komponen fisiologi dan fizikal dan yang terakhir ia perlu bersifat realiti di mana ia perlu mengikut perkembangan semasa dan akan datang, bukannya menggunakan model lama untuk bertanding dalam menghadapi perkembangan sukan terkini, justeru sukar mendapatkan prestasi yang diharapkan.”
Jelasnya untuk memastikan perkembangan sukan moden mampu diterima semua pihak maka menurut beliau perlunya wujud komunikasi dalam masyarakat, di mana sekiranya Talent ID itu dilaksanakan, pihak terbabit perlu bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan di mana bakat atlet berada di sekolah, juga Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan yang menyediakan kemudahan dan Kementerian Kewangan yang menyediakan dana untuk aktiviti sukan.
Pada masa sama Talent ID juga perlu dibantu pembangunan bakat yang melihat kepada jenis latihan, jurulatih, persekitaran, kemudahan, kemanusiaan, kemahiran, kepakaran dan teknologi.
“Sekiranya kita buat pembangunan tetapi tidak menggunakan khidmat jurulatih terbaik, tidak menggunakan aplikasi sains sukan terkini, tidak diberi pendedahan perlawanan persahabatan di luar negara, justeru tiada kematangan yang boleh dicapai dalam aspek Talent ID,” kata Sadek.
“Justeru mereka yang bertanggungjawab mengendalikan Talent ID perlu berupaya menyediakan infrastuktur, kejurulatihan, logistik, teknologi terkini, kepakaran sains sukan akan mematangkan atlet yang dicungkil menerusi Talent ID.”