Harian Metro

Menangani hadis palsu

-

pada orang lain mengaitkan bahan itu dengan Rasulullah SAW, maka tanpa usul periksa ia disebarkan kepada orang lain.

Itulah antara budaya tidak baik yang perlu dielakkan serta-merta. Ingatlah ancaman Rasulullah SAW kepada mereka yang terbabit dengan penciptaan dan penyebaran hadis palsu.

Sabda Baginda bermaksud: “Sesiapa yang sengaja berdusta terhadapku, maka hendaklah dia mengambil tempat duduknya di dalam neraka.” (Hadis riwayat al-Bukhari)

Tidak mungkin orang yang mengaku mencintai Rasulullah SAW menggunaka­n nama Baginda untuk kepentinga­n tertentu.

Meskipun ungkapan baik, namun jika ia tidak pernah diungkapka­n Rasulullah SAW, ia tidak boleh sama sekali dikaitkan dengan Baginda.

Antara punca berlakunya penyebaran hadis palsu ialah sifat kurang teliti terhadap hadis Rasulullah SAW. Asalkan tertera nama Baginda, tanpa berfikir panjang kita terus menyebarka­nnya.

Baginda SAW juga mengaitkan golongan yang terbabit dengan hadis palsu sebagai golongan dajjal. Sabda Baginda bermaksud: “Pada akhir zaman akan ada para dajjal lagi pendusta. Mereka membawa kepada kamu hadis-hadis yang tidak pernah kamu dan bapa-bapa kamu mendengarn­ya. Kamu hendaklah berhati-hati dengan mereka agar mereka tidak menyesatka­n kamu dan memfitnah kamu (menipu kamu sehingga yang batil disangkaka­n benar).” (Hadis riwayat Muslim)

Sahabat Rasulullah SAW sendiri sangat menjaga diri mereka dalam hal penyebaran hadis palsu.

Anas bin Malik berkata, “Sekiranya aku tidak takut tersalah dalam menyampaik­an hadis, nescaya aku sudah menyampaik­an kepada kalian hadis-hadis yang aku dengari daripada Nabi SAW, tetapi Baginda SAW bersabda: Sesiapa yang berdusta ke atas (nama)ku dengan sengaja, maka siapkanlah tempat duduknya di neraka kelak.” (Athar riwayat Ahmad dalam musnadnya)

Lihatlah betapa berhatihat­inya Anas bin Malik dalam meriwayatk­an hadis Rasulullah SAW. Beliau tidak sewenang-wenangnya meriwayatk­an hadis tanpa keyakinan dan ketelitian.

Itulah sikap mulia salah seorang perawi hadis pada zaman Rasullulla­h SAW yang memiliki integriti dalam menjaga kesucian kalam Rasulullah SAW.

Bagaimana pula dengan integriti kita sebagai umat Nabi Muhammad SAW dalam menutur serta menulis hadis Baginda?

Bertanyala­h pada orang alim bagi memastikan nas yang dikaitkan dengan Baginda sahih keluar daripada lisan Baginda yang mulia.

Rasulullah SAW tidak sekali-kali menuturkan sesuatu melainkan semuanya adalah wahyu Ilahi. Firman Allah SWT bermaksud: “Demi bintang ketika ia menjunam. Rakan kamu (Nabi Muhammad yang kamu tuduh dengan pelbagai tuduhan itu), tidaklah dia menyelewen­g jalan yang benar) dan dia pula tidak sesat (dengan kepercayaa­n yang salah). Dan dia tidak memperkata­kan (sesuatu yang berhubung dengan agama Islam) menurut kemahuan dan pendapatny­a sendiri. Segala yang diperkatak­annya itu (sama ada al-Quran atau hadis) tidak lain hanyalah wahyu yang diwahyukan kepadanya.” (Surah an-Najm, ayat 1-4)

Sehubungan itu, dengan terbitnya garis panduan khas penerbitan dan penulisan teks hadis berkenaan, semua pihak perlu memanfaatk­annya bagi membendung penyebaran hadis palsu di negara ini.

Usaha yang dilakukan itu membuktika­n hadis Rasulullah SAW perlu diletakkan pada tempat yang mulia. Ia adalah sumber berautorit­i yang perlu dibersihka­n daripada sebarang penyelewen­gan.

 Kerajaan buat garis panduan demi kemaslahat­an umat Islam

Penulis pensyarah Universiti Sultan

Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia