Hujan renyai bukan masalah
Lebih 5,000 penonton hadir memeriahkan Konsert GegaRia yang berlangsung di pekarangan Stadium Darul Makmur, Kuantan, Pahang, Sabtu lalu.
Pada acara kemuncak di lokasi terakhir GegaRia Fest anjuran Media Prima Berhad itu, penonton dihiburkan dengan persembahan artis popular tanah air seperti DeFam, Noh Salleh, Akim & The Majistret, Kugiran Masdo dan Bunkface.
Acara yang berkonsepkan moden, hipster dan penuh warna-warni itu menyaksikan majoriti penonton membabitkan belia seperti yang disasarkan penganjur.
Meskipun hujan renyai seketika, ia tidak menjejaskan kehadiran pengunjung sebaliknya mereka tetap bersemangat menunggu artis pujaan masing-masing membuat persembahan.
Lebih memberangsangkan, rata-rata pengunjung tidak segan menggoyangkan badan mengikut kumpulan penghibur di atas pentas dan menjadikan konsert terbabit terus gamat dengan telatah serta sorakan mereka.
Penonton yang hadir seakan-akan histeria apabila menunggu artis pujaan masing menyampaikan lagu hit mereka.
Ternyata semua barisan band yang menghangatkan lokasi terakhir ini wajar diberi pujian kerana berjaya menghimpunkan belia dalam acara yang julung kali diadakan.
Menurut vokalis Masdo,
Ali Sariah, dia mengaku teruja dengan sambutan luar biasa pengunjung di semua lokasi.
“Terima kasih GegaRia Fest kerana menganjurkan ‘kenduri’ di Kuantan. Penganjuran ini juga berjaya menyatukan kita semua.
Saya harap konsert ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan menjadi acara tahunan.
“Ada rezeki jemput kami lagi ke GegaRia Fest,” katanya.
Kata Ali, Kehadiran Masdo di GegaRia Fest adalah bukti kehadirannya dalam arus perdana diterima baik peminat muzik tempatan.
“Ini adalah kemunculan sulung kami dalam acara hiburan yang menghimpunkan semua pencinta muzik.
“Sebelum ini, Masdo banyak membuat