Dua maut terbabas motosikal bergesel Tak padan kaki pincang
Shah Alam: Dua penunggang motosikal maut dalam satu kemalangan di Kilometer 15.4 Lebuhraya Persekutuan menghala ke Kuala Lumpur awal pagi semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, dalam kemalangan kira-kira jam 2.27 pagi itu, kedua-dua penunggang dipercayai datang dari arah sama menghala ke Kuala Lumpur.
“Sebaik tiba di lokasi kejadian, kedua-dua bergesel antara satu sama lain dan hilang kawalan lalu terbabas.
“Mangsa, Firmansyah Malindo Oon, 18, menunggang motosikal Yamaha 150 manakala Mohd Hajizan Hassan, 24, menunggang motosikal Modenas Dinamik.
“Kedua-dua penunggang motosikal terbabit disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan proses bedah siasat dijalankan di Hospital Shah Alam jam 9 pagi tadi,” katanya dalam kenyataan, semalam.
Baharudin bagaimana berkata, pembonceng motosikal yang ditunggang Firmansyah hanya cedera ringan dan tiada maklumat mengenainya.
Kes kemalangan itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Walaupun menunggang motosikal sejauh 20 kilometer (km) setiap hari dari rumahnya di Kuala Sungai Baru ke Sungai Udang, itu bukan halangan buat seorang lelaki untuk mendapatkan bekalan dadah bagi kegunaannya.
Bagaimanapun, ia berakhir kelmarin apabila lelaki berusia 47 tahun itu ditahan penguat kuasa Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yang menjalankan Op Perdana ketika masuk ke lokasi menjual serta menghisap dadah di Sungai Udang, jam 7.30 pagi.
Bapa tiga anak itu pada awalnya cuba melarikan diri dan mendakwa dia ke lokasi itu bagi mendapatkan bekalan dadah sebelum beredar.
Lelaki terbabit yang terjebak dengan dadah sejak berusia 18 tahun mendakwa isterinya tahu perbuatannya selain pernah dipenjara tiga bulan atas kesalahan penyalahgunaan dadah.
Sementara itu, Timbalan Pengarah AADK negeri, Reuben Ahshokan berkata, operasi lebih lapan jam bermula jam 6 pagi membabitkan
Lelaki bersimen antara 78 penagih dadah ditahan
dua lokasi iaitu di Krubong dan Sungai Udang.
“Hasil serbuan di dua lokasi ini, 78 individu terbabit dengan penyalahgunaan dadah ditahan. Mereka berusia 23 hingga 62 tahun.
“Ada yang kakinya bersimen namun tetap gagah meredah lokasi ini untuk melepaskan gian. Menerusi rekod, ramai ditahan didapati melanggar syarat pengawasan,” katanya selepas tamat Op Perdana.
Reuben berkata, pihaknya turut menemui ketulan mampat heroin seberat 500 gram.
“Semua ditahan dibawa ke pejabat AADK untuk proses dokumentasi dan saringan air kencing. Dadah ditemui diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.