Harian Metro

HUJAN BATU LANDA MADINAH

- Agensi

 Beberapa wilayah di Arab Saudi turut terjejas dengan cuaca buruk itu

Penduduk Madinah dan kawasan sekitarnya dikejutkan dengan ribut membawa hujan batu kelmarin yang menyebabka­n kemalangan jalan raya serta kerosakan lain, termasuk kereta.

Pihak berkuasa juga terpaksa menutup sekolah dan kolej berikutan hujan batu yang saiznya lebih besar berbanding bola golf.

Pengguna media sosial turut berkongsi video menunjukka­n hujan batu di laluan pejalan kaki dan cermin kenderaan di Madinah yang rosak akibat terkena ketulan ais itu.

Satu video menunjukka­n seorang lelaki di Madinah memegang beberapa bola ais yang merosakkan bumbung suria keretanya.

Selain Madinah, beberapa wilayah di Arab Saudi turut terjejas dengan cuaca buruk, termasuk Makkah, Dawadmi dan Al-Baha.

Arab News melaporkan, hujan batu yang lebat itu menyebabka­n pihak berkuasa di sebahagian negara itu menutup sekolah dan kolej untuk memastikan keselamata­n pelajarnya.

Pihak Berkuasa Meteorolog­i Arab Saudi memberitah­u, cuaca buruk termasuk ribut petir, ribut pasir dan hujan lebat dijangka berlaku di beberapa wilayah di Arab Saudi.

Dalam tempoh beberapa hari lagi, jarak penglihata­n akan berkuranga­n di wilayah timur dan bahagian selatan Riyadh serta seluruh Najran.

Tambahnya, suhu juga dijangka menurun di bahagian utara dan tengah negara itu.

 ??  ??
 ??  ?? KEADAAN bumbung kereta yang rosak akibat hujan batu yang melanda Madinah, Arab Saudi kelmarin. - Agensi SEORANG lelaki memegang ketulan ais yang turun di Madinah dan memecahkan cermin keretanya. - Agensi
KEADAAN bumbung kereta yang rosak akibat hujan batu yang melanda Madinah, Arab Saudi kelmarin. - Agensi SEORANG lelaki memegang ketulan ais yang turun di Madinah dan memecahkan cermin keretanya. - Agensi
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia