Harian Metro

MAT DAN DAPAT TARAF PR

- Rosli Zakaria dan Hanneeyzah Bariah Baharin am@hmetro.com.my

 TPM lulus status penduduk tetap kepada Mat Dan

Jejaka Inggeris yang fasih dialek Terengganu, Muhammad Kareef Daniel Abdullah atau lebih dikenali Mat Dan semalam menerima kejutan apabila Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluluskan statusnya sebagai Penduduk Tetap (PR) negara ini.

Mat Dan atau nama Inggerisny­a, Danial Tyler, 29, ketika ditemui menyatakan rasa terkejut dan bersyukur dengan pengumuman Timbalan Perdana Menteri itu.

“Alhamdulil­lah saya sangat bersyukur dengan pengumuman ini dan sama sekali tidak menyangka.

“Memang menjadi impian saya untuk mendapat status ini kerana sejak datang ke Malaysia dan Terengganu pada 2009, saya sudah jatuh cinta dengan negara dan negeri penyu ini,” katanya yang ketika ini memegang visa perkahwina­n.

Ahmad Zahid yang juga

Menteri Dalam Negeri membuat pengumuman itu ketika berucap pada majlis perasmian pembukaan Ekspo Terengganu di Kompleks Sukan Negeri di sini.

Beliau berkata demikian ketika menyatakan rasa gembira terhadap kemajuan dan pembanguna­n dinikmati Terengganu termasuk kejayaan memasarkan menu tradisiona­l nasi dagang dan keropok lekor ke luar negara.

“Malah, kita juga ada ikon terkenal di Terengganu, Mat Dan.

“Saya luluskan Mat Dan jadi penduduk tetap Malaysia. Hebat Terengganu,” katanya.

Beliau turut berseloroh memberi peringatan kepada Mat Dan supaya tidak ‘membuka cawangan’ dan setia dengan isterinya yang juga anak jati Terengganu.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Ahmad Zahid berkata, Mat Dan memenuhi kriteria dan syarat sebelum diberi status sebagai PR.

 ??  ??
 ??  ?? AHMAD Zahid bersalaman dengan Mat Dan selepas membuat pengumuman ketika Ekspo Terengganu di Kompleks Sukan Negeri, semalam.
AHMAD Zahid bersalaman dengan Mat Dan selepas membuat pengumuman ketika Ekspo Terengganu di Kompleks Sukan Negeri, semalam.
 ??  ?? AHMAD Zahid melakukan pelepasan bagi pertanding­an lumba kepala lori.
AHMAD Zahid melakukan pelepasan bagi pertanding­an lumba kepala lori.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia