Harian Metro

CACAT BERGAYA

 Wanita kudung akibat nahas jalan raya jalani kehidupan senormal mungkin

- Siti Khairunnis­a Mohamad Nayan am@hmetro.com.my

Pada usia 15 tahun dia menempuh detik hitam dalam hidupnya apabila kaki kanan dari paras paha ke bawah dipotong kerana tulang hancur akibat terbabit kemalangan jalan raya.

Namun itu bukan penghalang bagi Siti Hajar Hussin, 31, untuk mencari kepuasan dalam hidup dengan menggayaka­n pelbagai fesyen mengikut trend terkini, malah aksinya di hadapan lensa sama seperti model terkemuka.

Di sebalik status orang kurang upaya (OKU) wanita itu mampu memandu, menunggang motosikal, berdiri sebelah kaki selama lima hingga lapan jam, melakukan lompat tali (skipping) dan menari.

Bagi mencabar kemampuan diri, dia mendaki 272 anak tangga untuk ke puncak kuil di Batu Caves dan ternyata mampu melakukan aktiviti lasak itu.

Siti Hajar yang lebih selesa dengan panggilan Sara berkata, dia tidak malu memuat naik gambarnya bergaya di depan lensa di akaun Instagram miliknya meskipun ada dalam kalangan netizen memberikan komen negatif.

“Saya mahu hidup macam orang normal, meskipun tak cukup anggota badan, jadi tak kisah kalau ada netizen meninggalk­an komen negatif, masuk telinga kanan keluar telinga

kiri.

“Semua komen negatif adalah aura penguat semangat untuk hidup macam orang normal. Sebelum ini saya salahkan takdir namun selepas berfikir baru dapat terima hakikat dan anggap ini ujian Allah,” katanya.

Sama seperti wanita normal, Sara kerap melayari laman sosial untuk mengikuti perkembang­an dunia fesyen tempatan dan antarabang­sa.

Sara mendirikan rumah tangga dua tahun lalu memberitah­u, minat terhadap fesyen menyebabka­n dia membelanja­kan RM300 hingga RM500 setiap bulan untuk membeli pakaian atau aksesori menerusi perniagaan atas talian.

“Langsung tak rasa malu atau janggal bila lihat gambar sendiri tanpa

kaki kanan, sebaliknya saya mahu tunjuk kepada orang ramai OKU pandai bergaya,” katanya.

Bergelar gadis OKU pada usia remaja pada mulanya satu pengalaman sukar bagi Sara, malah dia berkurung di dalam rumah selama setahun.

“Namun selepas dipujuk keluarga, saya akur. Di sekolah saya dilayan macam orang normal oleh rakan sekelas yang banyak beri semangat sehingga jadi berani macam sekarang,” katanya.

Menurutnya, sebelum ini dia pernah berlatih memakai kaki palsu namun berasa tidak selesa untuk melakukan aktiviti harian.

Berikutan itu Sara belajar bergerak menggunaka­n sebelah kaki atau dengan bantuan tongkat jika jarak perjalanan perlu ditempuh agak jauh.

“Kalau di rumah saya jarang pakai tongkat, lebih selesa melompat ke dapur bagi memasak atau ke ruang tamu melakukan kerja rumah.

“Suami terima saya kerana kagum dengan semangat saya, selepas lapan bulan berkenalan kami ambil keputusan berkahwin,” katanya.

Sara kini bekerja sebagai pegawai khidmat pelanggan di sebuah butik di Damansara dan pada masa sama ktif dalam perniagaan atas talian secara kecil-kecilan.

“Kepada OKU lain kena sentiasa positif jangan sampai perasaan negatif mempengaru­hi hidup kita, kena berani kerana kita mampu melakukan apa saja,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? SITI Hajar bersama suami, Abdullah Shima Mohd Jauhari (kiri) dan ibu, Che Norani Ahmad.
SITI Hajar bersama suami, Abdullah Shima Mohd Jauhari (kiri) dan ibu, Che Norani Ahmad.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia