Harian Metro

JALAN KAKI KE?

 Lelaki hilang sejak 12 Februari lalu ditemui tidak sedarkan diri di rumah nenek tidak berpenghun­i sejak 10 tahun lalu

- Mohamed Farid Noh news@nstp.com.my

> Adakah Azmee Elias berjalan kaki lebih 200 kilometer dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat sepanjang 13 hari kehilangan­nya? Itu persoalan dan kemungkina­n yang timbul selepas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Mahkamah Syariah Jalan Duta Kuala Lumpur itu ditemui di depan rumah arwah neneknya di Kampung Bintang di Peserai, kira-kira jam 3 petang kelmarin, lapor Mohamed Farid Noh

12 FEBRUARI

Kali terakhir dilihat di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta

17 FEBRUARI

Kereta Azmee ditemui di Dengkil

25 FEBRUARI

Ditemui tidak bermaya di depan rumah arwah nenek di Batu Pahat

Adakah Azmee Elias berjalan kaki lebih 200 kilometer dari Kuala Lumpur ke Batu Pahat sepanjang 13 hari kehilangan­nya?

Itu persoalan dan kemungkina­n yang timbul selepas Penolong Pegawai Teknologi Maklumat Mahkamah Syariah Jalan Duta Kuala lumpur itu ditemui di depan rumah neneknya di Kampung Bintang di Peserai, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.

Ketika ditemui oleh seorang penduduk kampung itu, Azmee, 36, dalam keadaan tidak bermaya, berpakaia kotor dan lusuh selain kakinya ada kesan melecet.

“Saya ingatkan dia gelandanga­n kerana baju serta seluar dipakainya dalam keadaan lusuh serta kotor dan kakinya juga ada kesan melecet,” kata penduduk kampung yang enggan dikenali itu.

Beliau berkata, Azmee ditemui dalam keadaan telentang dan tidak sedarkan diri di hadapan rumah lama neneknya yang lebih 10 tahun tidak berpenghun­i selepas warga emas itu tidak tinggal di situ sebelum meninggal dunia lima tahun lalu.

Azmee dilaporkan hilang sejak 12 Februari lalu sebelum ditemui di hadapan rumah neneknya jam 3 petang kelmarin. Lokasi Azmee ditemui sejauh 236 kilometer (km) dari lokasi dia kali terakhir dilihat iaitu di Mahkamah Syariah Kuala Lumpur, Jalan Duta.

Pada 17 Februari lalu, polis menemui kereta Perodua Alza mangsa yang ditinggalk­an dalam keadaan berkunci di Jalan Jenderam di Dengkil, Selangor sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Penduduk kampung yang menemui Azmee berkata, bimbang dengan kehadiran lelaki disangkany­a gelandanga­n itu dia memaklumka­nnya kepada waris rumah pusaka berkenaan yang tinggal 50 meter dari situ.

“Kami terkejut apabila waris rumah pusaka berkenaan memaklumka­n bahawa lelaki yang telentang tidak sedarkan diri di hadapan rumah pusaka itu anak saudaranya yang hampir dua minggu hilang di Kuala Lumpur.

“Bapa dan ibu saudaranya memanggil namanya beberapa kali, tetapi tidak berjawab sebelum diazankan. Melihat keadaannya yang lemah, keluarga menghantar­nya ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI),” katanya ketika ditemui di Kampung Bintang, semalam.

Difahamkan, Azmee dibesarkan Allahyarha­m neneknya sejak bayi hingga dia melanjutka­n pengajian ke sebuah universiti dan rumah berkenaan tempatnya membesar sebelum ini.

Azmee yang kini masih dirawat di HSNI dilaporkan berada dalam keadaan stabil termasuk boleh menjamah makanan.

Seorang ahli keluarga Azmee yang juga enggan dikenali memaklumka­n mereka juga bingung bagaimana Azmee boleh berada di rumah berkenaan selepas dilaporkan hilang di ibu negara.

“Kami terkejut sebaik dimaklumka­n dia ditemui di Kampung Bintang kerana tidak menyangka atau terlintas langsung di fikiran dia akan muncul di situ.

“Kami bersyukur dan mengharapk­an dia kembali sihat seperti sediakala dan biarlah pihak berkuasa menyiasat kes itu terlebih dulu,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Batu Pahat Asisten Komisioner Abdul Wahib Musa berkata, pihaknya masih menjalakan siasatan merangkumi pelbagai sudut dan kemungkina­n.

Menurutnya, setakat ini polis tidak mengesan sebarang unsur jenayah dan masih belum merekodkan kenyataan daripada Azmee berikutan keadaannya masih lemah.

“Siasatan dijalankan dengan kerjasama Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat dan IPD Putrajaya. Kami masih menyiasat bagaimana mangsa hilang tanpa dapat dikesan dan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di rumah neneknya itu,” katanya.

Beliau mengesahka­n, ketika ditemui mangsa juga berada dalam keadaan tidak bermaya dipercayai tidak makan dan minum selama beberapa hari.

“Bagaimanap­un, kami minta supaya masyarakat tidak menimbulka­n sebarang spekulasi yang boleh mengganggu siasatan,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Kami masih menyiasat bagaimana mangsa hilang tanpa dapat dikesan”

Abdul Wahib Musa

 ?? >2 ??
>2
 ??  ?? LOKASI Azmee (gambar kecil) ditemui tidak sedarkan diri di rumah arwah neneknya yang tidak berpenghun­i sejak 10 tahun lalu.
LOKASI Azmee (gambar kecil) ditemui tidak sedarkan diri di rumah arwah neneknya yang tidak berpenghun­i sejak 10 tahun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia